Percutian

‘Ala-Ala Swiss’- Wanita Ini Kongsi Pengalaman Naik Sleeper Train Ke Kelantan, View Cantik!

30
SHARES

Kalau dapat travel naik keretapi memang seronok dan lain daripada lain kan? Lebih unik lagi jika dapat tidur bermalam dalam train seperti yang dilakukan oleh Diyana Mukhayadi.

Buat pengetahuan, satu-satunya Sleeper train ni hanya ada yang menghala ke arah Pantai Timur sahaja. Kalau cari dari arah Utara ke Selatan memang dah tak ada, sebab semua sudah diganti dengan ETS. Memang menarik dan lain daripada yang lain! Jom kita baca pengalaman naik sleeper train ke Kelantan sepenuhnya di bawah ini.

Baca juga: Trip DIY 14 Hari Ke Utara Thailand, Lebih Berbaloi & Jimat!

WANITA INI KONGSI PENGALAMAN NAIK SLEEPER TRAIN KE KELANTAN

Aku selalu berangan nak pergi oversea solo trip. Tapi tu lah aku ni pun sejenis penakut jugak jadi aku postpone kan je dulu angan-angan aku tu. Aku fikir better aku try dekat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik sleeper train ke Kelantan sebagai permulaan.

Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik.

Kami berempat memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik sleeper train selama 13 jam sambil JJCM kat Kota Bharu. Very short trip with very different experience.

Untuk pengetahuan korang, nama rasmi train ni adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai .

Ini sedikit tips dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan kengkawan yang plan untuk experience sleeper train ni:

Mula-mula kena beli tiket sleeper train dulu melalui apps KTMB. Untuk nak rasa tidur atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Dia ada koc seat duduk biasa jugak, Koc T1-T3.

Kenapa better pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ni paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.

Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising. Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc. Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46.

Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Kat katil takda plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank.

Dah settle beli tiket sleeper train ni baru kami beli tiket nak ke Gemas. Senang naik ETS je dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM 30. Kami naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi.

Sleeper train ni akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Gap in between tunggu sleeper train sampai dari J, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Siap ada toilet dan surau.

Bila train tu dah sampai apalagi excited lah memasing kan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.

Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Takyah pakai sweater pun tak apa. Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami.

Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu. Selain megi sup, ada nasik/bihun/megi goreng panas-panas, tengok apa yang available masa korang sampai.

Sebab dapur dia ada satu je, so dia masak ikut batch. Tapi digalakkan korang spare makanan/minuman lain jugak takut lambat dan ramai orang.

The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia.

Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa. Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong.

Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).

– Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi)

– Gua Musang (sekitar 8 pagi)

– Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi)

– Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.

* Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang.

Paling ramai geng backpackers akan turun kat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong. Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.

Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tahu bila. Jadi jika kengkawan nak rasa this once in lifetime experience, kena experience it asap.

Kalau tanya aku, best memang best tapi cukup lah sekali seumur hidup aku dah merasa unless aku kawen nanti laki aku ajak repeat.

Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai. Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!

Sumber: Facebook Diyana Mukhayadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×