Percutian

Trip DIY 14 Hari Ke Utara Thailand, Lebih Berbaloi & Jimat!

3
SHARES

Seperti mana kita tahu sempadan negara sudah dibuka dan ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk bercuti ke luar negara dan antara yang menjadi tumpuan sudah tentunya Thailand.

Thailand merupakan ‘syurga makanan’ dan harganya juga berpatutan. Jadi, jika anda berhajat ingin ke Thailand, ikuti perkongsian lanjut oleh pengguna Facebook dikenali Dzul Iqram di bawah.

Baca juga: Ini Cara Nak Jimat Dari KLIA ke KL Sentral, Tak Sesak & On Time!

TRIP DIY 14 HARI KE UTARA THAILAND, BERBALOI & JIMAT

Jalan-jalan cari makan dari selatan ke utara Thailand.

26 May – 8 June 2022

Hatyai- Bangkok- Chiang Mai- Pai- Mae Hong Son- Pai- Chiang Mai- Bangkok-Ayutthaya- Bangkok- Penang

Sedikit perkongsian tempat dan kedai-kedai makanan halal Thailand beserta Masjid.Akan disertakan dengan gambar dan link google maps. Boleh lah buat panduan ,takkan nak makan 7E je.

Day 1 26/5/2022 Hatyai

– Sarapan di Tamrab Muslim .

– Lunch dan Tapau di Kai Todd Meena Nasi khao mok paling sedap dalam Hatyai.

Hatyai aku tak payah cerita lah nak makan mana,hang pa pun ramai dah tahu mana port.

Day 2 27/5/2022 Bangkok 

– Lunch di Kedai Makan belakang train station Hua Lamphong.Kau google map ke Station Hotel Bangkok.Sini kau kena cuba Mee Sup dgn Pad Kra Pow daging dia. Sedap!

– Dinner Ramkhamhaeng Night Market. Dari Hualamphong aku ambil MRT Blue Line ke Phetchaburi Dari sana aku jalan kaki ke Saphan asok, naik bot ke Saphan Mit Mahat Thai. Dan jalan kaki dalam 300m dah sampi Ramkhamhaeng Night Market.

Thai Food Festival yang Sebenar! Memang rambang mata.Di Ramkhamhaeng memang banyak kedai muslim boleh singgah dan ada Masjid Jamiul Islam.

Tempat wajib pergi kalau datang Bangkok.

Day 3 28/5/2022 Bangkok 

– Sarapan pagi Haroon Mosque .

– Terdapat beberapa kedai makanan di area berdekatan Masjid.

– Wajib cuba murtabak di Khun Mai Roti,Mark Weins pun dah pernah makan dan buat vlog disana!

– Makan Tengah hari aku di Chatuchak Weeknd Market ,the biggest market in Bangkok ada 4 kedai makan halal sepanjang pemerhatian aku disana. Kali ni aku try yang berdekatan surau.

– Makan malam pula aku pergi ke Icon Siam. Memandang kan Hostel aku berdekatan dengan Si Phraya Ferry Pier,just naik free shuttle boat ke Icon Siam,masuk2 ada food festival ,meriah betul dan banyak juga warung makanan halal yang join.

Day 4 29/5/2022 Bangkok 

– Sarapan pagi di kedai Mariam, MRT Blue Line turun di Sam Yot keluar pintu 3 dan jalan kaki ke sana dalam 400m. Kedai ni memang best aku repeat 2 kali. Wajib cuba Mee Kari dia,sedap!

– Tengah hari pula aku ke Soi 7 Phetchaburi dan Masjid Darul Aman. Turun BTS Ratchathewi,dalam 200m jalan kaki akan sampai.

– Dekat area sini Banyak kedai makan halal. Kali ni aku cuba makan di Makin Makan Halal Food. Sini kau kena cuba daging goreng dia dan nasi goreng.Mantap. Kengsom pun sedap sini.Aku sertakan juga kedai2 lain disini.

Day 5 30/5/2022 Bangkok & Chiang Mai 

Bangkok to Chiang Mai menaiki Train no 7. Jam 8.30 pagi . Train no 7 ni ada provide makanan,dan ianya Halal! Ada roti, nasi ,”satay ayam” dan gulai itik campur nenas mat .

Aku tiba di Chiang Mai jam 7 petang. Disebabkan dah lambat sampai dan kedai makan aku nak pergi tu tutup,makan burger 7E je lah.

Tips

– Di Chiang Mai kebiasaanya traveller akan tinggal di Old City ,old city akan refer kepada beberapa Gate. Paling ramai and paling senang nk kemana- mana adalah Tha Phae Gate.

– Dari railway station nak ke Tha Phae Gate kau boleh ambil tuktuk,songthaew atau ambil grab. Aku kena 50baht naik songthaew.

Day 6 31/5/2022 Chiang Mai 

– Sarapan pagi & Lunch

HALAL STREET HILAL TOWN ,disini ada Masjid Hidayatul Islam Banhaw.Ada beberapa kedai makan disini dan warung-warung kecil ,satay ada, popia ada ,wajib cuba Khao Soi di Khao Soi Islam Restaurant,sedap! Jalan kaki dari Old city dalam 15minit.

Makan malam pula aku makan di Halal Rice & Noodle ,10 minit dari tha Pha Gate jalan kaki.

Day 7 1/6/2022 Chiang Mai & Pai 

Sarapan pagi di Halal Street Hilal Town. Meneruskan perjalanan ke Pai dengan menaiki motor yang aku sewa sebab nak layan corner. Kalau nak naik mini bas boleh ambil bas di Terminal Arcade 2 ,150 baht one way,advice beli sehari awal.

Bas setiap sejam mulai 6.30 pagi. Sampai pai jam 1 tgh hari aku berhenti makan tengah hari di Mu’min Halal Food berdekatan dengan Masjid Pai,Masjid Al- Israa. Makan Pad Kra Pow Daging dan Telur Dadar, sedap!

Petang tu aku lepak tengok sunset di Pai Canyon. Pekan Pai ni kecil sahaja,aku advice korang stay yang dekat dengan Walking Street.

Malamnya pula aku makan Dumpling dan Mee Sup Yunnan,kedai dia depan kedai Mu’Min tu. Semua kedai ni di Walking street Pai.

Day 8 2/6/2022 Pai & Mae Hong Son 

Sarapan pagi depan 7Eleven dan Tesco . Ada dua gerai kecil satu jual bubur dan satu lagi cakoi dan air soya. Usai sarapan aku terus ride ke Mae Hong Son. Berhenti makan tengah hari di sebelah Masjid Mae Hong Son, Masjid Nurul Thaqwa. Lepas makan dan rehat aku sambung ride semula ke Pai.

Makan malam pula aku makan kedai Mu’Min dan beli gorengan di gerai depannya. Dekat Pai walking street pada waktu malam ada beberapa gerai halal yang jual karipap,roti dan juga makanan lain. Aku perasan komuniti muslim disana kuat, ada beberapa kedai milik mereka yang besar-besar.

Day 9 3/6/2022 Pai & Chiang Mai 

Sarapan pagi. Makan di kedai depan 7Eleven dan Tesco .Bubur ayam,cakoi dan air soya. Usai makan aku ke Chedi Phra That Mae Yen.Jam 10 pagi aku sambung ride pulang ke Chiang Mai.

Lunch aku try nasi pad kra pow di Sofia Restaurant di HALAL STREET HILAL TOWN. Segunung daging dia bagi. Pedas dia kick betul!

Makan malam pula aku cuba tukar selera,mungkin sebab sebulan duduk Turki itu hari buat jiwa dan tekak aku meronta bila nampak signboard Istanbul. Kedai ni owner dia dari Turki . So rasa makanan dia memang original macam dekat Istanbul!

Lepas makan boleh lah pusing-pusing di Night Market depan tu.

Day 10 4/6/2022 Chiang Mai 

Sarapan pagi Masjid Nurul Chang Phuek – Kunnun Mosque,berdekatan dengan Chang Phuak Gate ,di old city. Kalau waktu pagi beli nasi khao mok dan murtabak yang dijual di pasar depan masjid.

Naik Train no 52 untuk pulang ke Bangkok,2nd class sleeper AC,malangnya train ni 2nd class fan tak ada dibuka.

Day 11 5/6/2022 

Plan awal aku nak ke Aranyaprathet ,memandangkan Train aku dijangka tiba di Hua Lamphong pada 5:35pagi dan Train ke Aran 5:55pagi tapi apakah daya,train tiba lewat satu jam. Sambung JJCM di Bangkok. Brunch Repeat semula Mariam.

– Kali ni try sup ekor dengan green curry!

Dinner – Halal Food อาหารอิสลาม dalam 900meter dari Hua Lamphong Train Station

Day 12 6/6/2022 

Day Trip ke Ayutthaya. Ambil train ke Ayutthaya dari Hua Lamphong. Price 15Baht-20Baht one way perjalanan 2 jam.  Dari stesen ayutthaya ke bandarnya dipisahkan oleh Sungai kalau kau ambil tuk tuk,kau kena ketuk 100-150 bath ke Wat Mahathat.

Cheapest way adalah, lintas jalan depan stesen, depan tu ada lorong kau ikut lorong tu sampai tepi sungai dia akan tulis Ayutthaya Train Station Pier dan, dalam 100m dari stesen je,dan it cost u only 10 bath, dulu 5 bath.

Dan kau boleh jalan kaki ke Wat Maha That dalam 15 minit dah sampai. Option lain kau boleh sewa motor 150baht sehari atau basikal 50baht sehari. Masa di ayuthaya kedai makan yg dekat dengan Wat Mahathat tu tutup.

– Wat Mahathat

– Wat Phra Si Sanphet

Tips di Ayutthaya ada 6 temple keseluruhan,so per entry 50Baht,kalau nak masuk semua temple kau boleh beli full entry pass dalam 230Baht.

Balik semula ke Bangkok dan aku terus ke Ramkhamhaeng Night Market. Kali ni aku explore gerai2 diseberang jalan Night Market which lagi meriah! hampir 200m panjang banyak gerai-gerai yang jual makanan!

Even ada food court yang 100% semua peniaga muslim! If bot tak ada untuk balik,kau naik bas no 71 turun ke Airport Link Ramkhamhaeng Station.

Day 13 7/6/2022 

Lunch Yana Restaurant- Located dekat dalam MBK Center ,BTS Station Siam dan BTS National Stadium ,turun je nampak MBK Center,Siam Paragon adalah tempat shopping paling padu.

Dinner Repeat Makan Makin Halal Food. Sebab sedap makanan dekat sini.

Day 14 

Flight Bangkok to Penang.

– Sekarang nak ke Don Mueng ada 2 option by Train.

1. Normal train dari Hua Lamphong.

2. Airport Redline ,Don Mueng Station.

– Breakfast Nasi Kandar Sulaiman.

– Lunch The Kapits,USM

– Durian Balik Pulau

Sumber: Facebook Dzul Iqram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×