Percutian

Ini Cara Nak Jimat Dari KLIA ke KL Sentral, Tak Sesak & On Time!

90
SHARES

Seperti mana kita tahu, perjalanan dari Kuala Lumpur Internationl Airport (KLIA) ke KL Sentral merupakan antara laluan popular kerana ia memudahkan orang ramai dengan pelbagai akses yang ada.

Selain perjalanan terus ke KL Sentral, anda juga boleh menggunakan tips yang dikongsi oleh Jeroong Wia di mana harga perjalanan lebih murah dan jimat berbanding harga biasa. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Tiada Lagi Walk-In, Ini Cara Renew Passport Secara Online

INI CARA NAK JIMAT DARI KLIA KE KL SENTRAL

Minggu lepas aku sempat hantar isteriku ke KLIA bagi penerbangan ke Arab Saudi bagi mencari rezeki. Selesai segalanya maka terkontang kanting lah diriku sendirian di KLIA.

Memandangkan sendirian, aku duduk sementara memikirkan solusi terbaik bagi pulang ke rumah adikku di Sentul dan solusi pertama yang datang ke dalam benak fikiranku adalah bus. Maka berjalan kaki aku ke tempat stesen bus. Di kaunter tiket, aku bertanya tentang tiket bus ke KL Sentral, ada tetapi bas akan bertolak lagi 2 jam. 2 jam? Apa aku harus buat?

Maka aku pon memikirkan solusi ke dua. Kalau mengambil grab atau taxi sebenannya agak common, jadi aku nak cuba yang lain sedikit. Aku turun ke stesen keretapi KLIA Transit.

Dari KLIA ke KL Sentral menggunakan KLIA Transit, harga tiket sehala adalah RM55. Sebelum musim pandemik, ada dua jenis keretapi di KLIA Transit iaitu satu yang direct ke KL Sentral manakala satu lagi adalah keretapi yang membuat perhentian di perjalanan iaitu Salak Selatan, Putrajaya, TBS dan KL Sentral.

Tetapi selepas dari musim pandemik, tiada lagi keretapi express yang direct dan hanya ada keretapi yang transit ini sahaja. Jika diukur pada harga, transit dan express kedua-duanya berharfa RM55 bagi satu perjalanan dari KLIA ke KL Sentral.

Dan sedang aku menggodek-godek jadual harga perjalanan KLIA Transit, aku mendapati jika aku membuat perhentian di salah satu stesen terdekat dan meneruskan perjalanan dengan pembelian tiket baru, maka aku akan lebih jimat. Jadi, memandangkan aku masih mempunyai masa, aku mencuba sendirian.

Dari KLIA, aku membeli tiket KLIA Transit menuju ke Putrajaya dengan harga RM9.40. Tibanya di Putrajaya, aku keluar dari gate dan cuba membeli tiket yang baru menuju ke KL Sentral. Ternyata ianya jauh lebih murah. Tiket aku dari Putrajaya ke KL Sentral berharga RM14.00.

Jadi, total perjalanan aku dari KLIA ke KL Sentral menggunakan KLIA Transit adalah RM 23.40. Dan ianya jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan pembelian tiket secara direct iaitu RM55.00. Disitu aku sudah berjaya jimat RM31.60 untuk seorang.

Dan penggunaan train amatlah effective kerana kelajuaannya,tiada kesesakan dan juga on time. Untuk tiket bus, aku harus menunggu selama 2 jam sebelum bus tiba dengan harga RM15.00.

Jadi, pilihan di tangan anda. Ada duit RM100 boleh travel cara Rm100. Ada duit Rm1000 boleh travel cara duit RM1000. Terima kasih kerana membaca.

Sumber: Facebook Jeroong Wia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×