Percutian

KL Bird Park Tawar Tiket Serendah RM6 Hingga 31 Julai 2020

13K
SHARES

Berita baik buat ibu ayah yang dah lama tak bawa anak bersiar-siar disebabkan tempoh PKP tempoh hari!

Sekarang ni Taman Burung Kuala Lumpur / KL Bird Park sedang mengadakan promosi sempena pembukaan semula dalam tempoh PKPP dengan menawarkan harga yang sangat berbaloi.

Harga Tiket KL Bird Park Sepanjang PKPP

Mulai 10 Jun tempoh hari, KL Bird Park telah mula beroperasi dengan menetapkan Standard Operation Procedure (SOP) norma baharu bagi memastikan pengawalan wabak COVID-19.

Bagi menggalakkan pelawat berkunjung ke sini, KL Bird Park telah memperkenalkan harga promosi yang tak patut dilepaskan.

Harga tiket kl bird park

Harga tiket sepanjang tempoh promosi ini hanya boleh didapati sehingga 31 Julai 2020 ini sahaja tau!

Harga Tiket: Dewasa RM16 (berbanding harga asal RM25), Kanak-kanak (RM6)

Waktu Operasi: 09:00 pagi – 6:00 petang termasuk Cuti Umum dan Cuti Sekolah

 

harga tiket kl bird park

Jom Bawa Anak Ke Taman Burung Kuala Lumpur!

Terletak di Taman Tasik Kuala Lumpur yang tenang dan indah, KL Bird Park ini hanya 10 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Ia merupakan habitat bagi lebih dari 3000 burung tempatan dan asing dari kira-kira 200 spesies yang berbeza.

Kawasannya luas dan berbaloi bawa anak beriadah di sini sambil dapat menghirup udara segar dan bermesra dengan burung.

Harga tiket taman burung kl

Dengan luas sekitar 20.9 hektar kawasan lembah yang menghijau, taman ini terbahagi kepada 4 zon; Zon 1 dan 2 membentuk zon burung yang dibebaskan – Dalam zon ini, bolehlah anak-anak bermesra dengan burung-burung. Mesti seronok!

Namun pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan ya.

Zon 3 adalah Taman Hornbill dan Zon 4 adalah tempat burung ditempatkan di kandang dan kandang burung berasingan.

Harga tiket kl bird park

Selain itu, KL Bird Park juga mesra kerusi roda. Jadi, semua dapat datang ke sini bersama-sama!

Naik bas PERCUMA KL Hop-On Hop-Off City Tour pun boleh. Lepastu makan Hornbill Restaurant & Cafe dapat 10% diskaun.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×