Percutian

‘99 Wonderland Park’ Taman Rekreasi Di Tengah Ibu Kota Wajib Kunjungi Bersama Anak-Anak

1.3K
SHARES

Hujung minggu merupakan hari yang digunakan untuk meluangkan masa bersama orang-orang tersayang.       Bagi yang masih bujang, hujung minggulah waktu untuk pulang ke kampung melepaskan rindu dengan ibu dan ayah. Bagi yang dah berkahwin pula, hujung minggu di manfaatkan bersama anak-anak. Masa yang terluang inilah yang perlu dimanfaatkan bersama untuk mengeratkan lagi kasih sayang.

Menjadi ibu bapa ini perlu kreatif mencari idea untuk ceriakan hari minggu bersama anak-anak. Kalau nak habiskan masa dirumah saja agak boring kan? Apa kata anda bawa anak-anak ke Taman Rekreasi 99 Wonderland Park yang terletak di Taman Sri Murni, Selayang. Nak tahu apa yang menariknya di taman rekreasi ini? Jom semak!

4 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BAWA ANAK-ANAK KE 99 WONDERLAND PARK

1. Lokasi yang strategik

Foto: Malaysia Asia Travel Blog

99 Wonderland Park ini terletak cantik di kawasan tasik di Taman Seri Murni, Selayang. Bagi anda yang tinggal di kawasan Lembah Klang, tak jauhlah dari rumah anda kan? Taman rekreasi ini berkeluasan 23 ekar yang menawarkan pelbagai tarikan semulajadi dan atraksi buatan manusia. Di buka seawal 9 pagi sehingga 11 malam setiap hari Rabu hingga Ahad, pasti akan memberikan momen terindah buat anda sekeluarga.

2. Tarikan yang unik dan menarik

Bila sebut saja ‘wonderland’ pasti anda dah terbayangkan sesuatu yang menakjubkan kan? Jangan risau, taman rekreasi ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang sangat menarik pada waktu siang dan malam! Antara tarikannya adalah taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical bridge, T-Rex Ring, 99 Cruise dan banyak lagi.

Taman burung

 

T-Rex Ring

99 Cruise

 

Sky Fountain

3. Keindahan lampu LED di seluruh taman

Lebih menarik, pada waktu malam taman rekreasi ini akan kelihatan sangat cantik kerana dihiasi dengan cahaya LED yang menyinari taman ini,  Malah, anda akan dapat melihat keindahan water fountains apabila lampu dinyalakan. Memang cantik kalau ambil gambar!

 

4. Harga tiket yang berpatutan

Harga tiket yang ditawarkan amatlah berpatutan dan berbaloi dengan pengalaman yang akan anda dapat! Hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Murah kan? Jika anda nak menaiki cruise, anda hanya perlu menambah RM25 sahaja.

Jadi, jom bawa anak-anak dan seluruh keluarga anda ke 99 Wonderland Park ini!

Sumber: 99 WonderlandPark

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×