Sihat

Buang Air Besar Waktu Pagi Paling Sihat, Ini Manfaat & Cara Nak Mudahkan Proses ‘Membuang’

2
SHARES
buang air besar

“Kenapa orang lain mudah je buang air besar waktu pagi, tapi aku susah? Patutlah selalu lemau..”

Mempunyai rutin membuang air besar setiap pagi secara konsisten bukanlah kemudahan yang semua orang dapat. Malah, ramai dalam kalangan kita yang perlu mengambil produk tertentu supaya dapat melancarkan sistem pembuangan kepada normal. Banyak manfaat sebenarnya yang anda boleh perolehi jika dapat membuang air besar setiap pagi. Barulah badan akan rasa ringan dan kurang rasa lemau!

Baca juga: Hilangkan Masalah Sembelit Supaya Kerap ‘Membuang’ Dengan Air Detoks & Makanan Ini, Berhasil!

MANFAAT BUANG AIR BESAR WAKTU PAGI

buang air besar

Foto: Freepik

1.Detoks tubuh

Apabila kita tidur, badan kita sebenarnya masih aktif dalam proses detoksifikasi. Salah satu cara utama badan membuang toksin adalah melalui proses penghadaman dan pembuangan air besar. Oleh sebab itulah, sangat bagus untuk anda buang air besar setiap pagi kerana ini membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Bukan itu sahaja, rutin ini juga memastikan organ penting seperti hati, buah pinggang, dan limpa sihat serta kulit cantik!

2.Kurangkan gas dan kembung

Anda selalu rasa perut kembung dan bergas? Inilah sebabnya anda perlu membuang air besar awal pagi dan ini boleh mengurangkan gas dan kembung. Tenyata, sangat penting supaya anda bersedia untuk menjalani hari yang lebih selesa tanpa rasa lemau.

3.Cegah sembelit

Memetik sumber Healthshots, buang air besar yang konsisten dan tepat pada masanya, termasuk pada waktu pagi, berguna untuk membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus, yang memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman dan kesihatan keseluruhan.

Macam mana nak mudahkan anda ‘membuang’ waktu pagi?

buang air besar

Foto: Freepik

1.Minum air dengan kerap

Penghidratan yang betul adalah sangat penting apabila ingin mengawal pergerakan usus pagi anda. Tanpa air, najis memang boleh menjadi besar dan kering. Hal ini kerana serat memerlukan air untuk dihadam dengan betul, jadi jika anda makan banyak serat tanpa minum jumlah cecair yang sepadan, anda mungkin akan mengalami sembelit.

2.Amalkan diet yang kaya dengan serat, probiotik, dan lemak yang sihat

Selain serat, anda perlu pastikan mengambil jumlah lemak sihat yang mencukupi kerana ia juga menambah pukal pada najis dan menyokong penyerapan vitamin A. Vitamin A yang akan membantu mengekalkan lapisan mukosa dalam kolon dan mencegah keradangan. Makan makanan yang ditapai seperti kimchi, yogurt, dan tempe boleh membantu melancarkan sistem pembuangan.

3.Jangan makan sebelum tidur

Rutin membuang air besar yang konsisten dan sihat bermula dengan aktiviti malam sebelumnya. Makan terlalu dekat dengan waktu tidur (dalam masa dua hingga tiga jam atau lebih) boleh menyebabkan pedih ulu hati, refluks asid, dan gangguan gastrousus. Ini berlaku kerana sistem GI kita tidak mendapat masa yang mencukupi untuk memproses makanan yang telah kita makan. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur dan berikan badan anda sekurang-kurangnya tiga jam untuk mencerna sepenuhnya apa yang anda telah makan.

*Perasan atau tidak jika kita membuang air besar dengan lancar pada waktu pagi, seharian badan akan rasa ringan je kan?

Baca juga: Awas! Tanda-Tanda Awal Kanser Usus, Orang Muda & Kaum Lelaki Harus Lebih Waspada!

Sumber: WellandGood.com, CNN Indonesia

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×