Sihat

24 Jam Asyik Menguap Dekat Office, Rupanya Makanan Ini Punca Mengantuk!

14
SHARES
PUNCA MENGANTUK

Setiap makanan dan minuman yang diambil ada fungsi tersendiri. Kadang-kadang walaupun dah jaga makan tetapi masih lagi mengantuk. Rupanya makanan itu menjadi punca mengantuk dan lesu sepanjang hari.

Bagi mengelakkan anda tertidur ketika berada di pejabat, ini 10 makanan kena elak supaya kekal cergas.

Baca juga: Menguap & Mengantuk Sepanjang Hari? Ambil 7 Makanan Ini, Confirm Celik Mata Terus!

RUPANYA INI MAKANAN PUNCA MENGANTUK, PATUT HARI-HARI LESU

PUNCA MENGANTUK

1. Makanan bergoreng

Makanan bergoreng seperti kentang kaya dengan minyak dan lemak trans. Walaupun anda menggoreng menggunakan minyak zaitun, lemak tidak sihat tetap akan menjadi punca mengantuk.

2. Minuman bergas

Ini kerana ia mengandungi gula yang tinggi atau pemanis tiruan. Minum minuman ini dengan kerap boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak dan proses berfikir.

3. Keropok/kerepek

Kebanyakan kerepek dan keropok mengandungi karbohidrat, lemak tidak sihat dan garan yang tinggi. Makanan tinggi lemak ini boleh menyebabkan anda lesu dan mengantuk.

4. Yogurt

Yogurt tidak mengandungi tahap probiotik yang sihat yang mampu memudahkan sistem penghadaman. Hal ini mengakibatkan anda cepat mengantuk.

5.  Sandwich

Walaupun pada hakikatnya sandwich sering dikaitkan dengan makanan diet tetapi sekiranya anda menambah makanan berproses, ia akan meningkatkan lagi kandungan MSG dan menyebabkan keletihan.

6. Kek

Kebanyakan kek mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi. Ini boleh membuat anda cepat letih dan mengantuk.

7. Nasi putih

Nasi putih mempunyai kadar indeks glisemik yang tinggi yang akan membuatkan gula dalam darah meningkat dengan cepat. Waktu disarankan untuk mengambil nasi putih adalah 4 jam sebelum tidur.

8. Susu

Kalsium adalah satu nutrien yang boleh memproses tryptophan dan hormone melatonin. Kalsium akan membantu secara langsung menukarkan tryptophan kepada melatonin di dalam otak.

9. Protin

Protin tanpa lemak seperti ikan, ayam, ayam belanda kaya dengan triptofan dan asid amino. Ini akan meningkatkan tahap serotonin dalam badan yang cenderung membuat anda mengantuk.

10. Buah ceri

Buah ini kaya dengan melatonin. Pengambilan melatonin secara berlebihan akan memberi isyarat kepada badan untuk tidur.

Jadi, kalau nak kekal bertenaga sepanjang hari, jangan ambil makanan di atas sewaktu siang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Patutlah Popular Dekat Korea, Rupanya Black Garlic Boleh Melawan Sel Kanser!

Sumber: Good Housekeeping, Root of Science & NDTV Food 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×