Pernah dengar tak perkataan cyst? Atau tahu tentang penyakit cyst ini? Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti jerawat di dalam sistem pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid. Tapi, jika anda mempunyai tanda-tanda cyst yang disebut di bawah ini, anda perlu segera bertemu dengan doktor!
Seorang doktor telah berkongsi di halaman TikToknya @drnasrah berkenaan dengan 5 tanda-tanda yang mungkin anda mempunyai ovari cyst.
Baca juga: “ Sakitnya! Kena Cabut Ke Tak Gigi Bongsu?”- Ini Penjelasan Doktor Gigi
5 TANDA-TANDA OVARI CYST YANG BAHAYA
Umumnya, seorang wanita akan mempunyai 2 ovari yang menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron. Kadangkala, sebuah kantung berisi cecair dipanggil cyst atau sista akan terbentuk di salah satu ovari.
Kebanyakan wanita akan menghidap sekurang-kurangnya 1 sista sepanjang hayatnya. Kebiasaannya, keadaan tersebut tidak akan menyebabkan kesakitan atau sebarang gejala.
Tetapi sekiranya anda mengalami sakit perut atau berasa tidak selesa yang luar biasa, ia berkemungkinan menunjukkan bahawa anda mengalami sista ovari (ovarian cyst).
Antara tanda-tanda ovari cyst yang bahaya adalah seperti berikut:-
1. Haid tidak teratur dan berpanjangan
Ada masanya, anda mengalami pendarahan tanpa sebab dan tidak dijangka. Pastikan anda mendapatkan rawatan segera kerana ia mungkin keadaan yang memerlukan rawatan perubatan.
2. Sakit di bahagian perut atau ari-ariRasa sakit pada ari-ari iaitu sekitar bahagian abdomen bawah boleh menjadi petanda sista ovari. Kesakitan dialami mungkin untuk tempoh masa panjang atau datang dan pergi. Biasanya rasa sakit akan menjadi lebih teruk semasa kedatangan haid.
Hormon terhasil semasa period boleh menyebabkan sista yang terbentuk atau membesar semakin menyakitkan. Jika sista pecah, anda mungkin akan berasa sakit secara tiba-tiba dan teruk pada bahagian ari-ari.
3. Sakit semasa hubungan kelaminAntara petanda anda mungkin mengalami sista adalah apabila berasa sakit atau tidak selesa semasa bersetubuh.
Sesetengah wanita berdepan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen selepas melakukan aktiviti seks. Keadaan ini cenderung berlaku jika anda mengalami sista ovari jenis endometrioma – tisu rahim tumbuh di bahagian luar rahim.
4. Perut semakin buncit atau membesarDalam kes jarang berlaku, cyst boleh membesar. Saiz sista bersama masalah kembung yang dialami boleh menyebabkan perubahan pada berat badan anda.
5. Kerap kencingAda kalanya, sista yang wujud boleh mempengaruhi aktiviti pundi kencing sehingga menyukarkan anda untuk mengosongkannya. Kekerapan untuk kencing juga meningkat.
Segeralah pergi ke doktor berhampiran anda untuk mendapatkan rawatan professional!
Video penuh:
@drnasrah 5 tanda anda mungkin ada cyst?? #cyst #scanrahim #fyp #scan #scanrahim
Sumber: TikTok @drnasrah, hellodoktor