Famili

Kucing Popular Di TikTok Mati Gara-Gara Diracun

27
SHARES

Seorang pemilik kucing sedih apabila haiwan peliharaannya bersama empat kucing terbiar ditemui mati dipercayai diracun di Desa Pandan, kelmarin.

Kematian kucing dikenali sebagai Yogi yang mempunyai kira-kira 31,200 pengikut di laman TikTok, dikongsi pemiliknya Al Farrah Sherrina Zulkifle yang menunjukkan haiwan kesayangannya itu bersama seekor kucing berwarna oren ditemui kaku di hadapan sebuah rumah.

Baca juga: “Alhamdulillah…”- Berkat Penantian 8 Tahun Jadi ‘Cat Parents’, Akhirnya Dikurniakan Anak!

KUCING POPULAR DI TIKTOK MATI GARA-GARA DIRACUN

Dia sebenarnya tidak menyangka kucing kesayangan itu menjadi mangsa selepas beberapa ekor kucing lain turut diracun sejak beberapa minggu lalu, lapor BH Online.

“Saya hanya tahu Yogi dan kucing-kucing lain diracun selepas pintu rumah diketuk jiran sekitar jam 8 pagi, kelmarin. Mereka beritahu Yogi diracun dan ditemui kaku di tingkat bawah bangunan.

“Apabila ke sana, saya tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat Yogi yang sudah tidak bernyawa dan tidak ada apa lagi yang mampu saya lakukan,” jelasnya.

Setakat ini dia tidak mengetahui siapa pelaku perbuatan itu namun berharap keadilan atas kekejaman terhadap haiwan ini akan berlaku.

Dia tidak sangka akan kehilangan Yogi dengan cara sebegini kerana perbuatan meracun kucing adalah sangat kejam. Kenapa terlalu kejam hingga sanggup menganiaya makhluk yang tidak berdosa.

@yogiandkids

Sahabat semua, Yogi dan Oyen telah dijumpai mati dipercayai diberi racun tikus. Ada org yang membenci makhluk allah ni dan tergamak beri mereka makan racun. Semoga allah beri balasan kpd org zalim ni nanti. #yogithecat #yogiandkids #yogiinmemories #sadday #14052022 #perginyatiadapeganti #gonnamissyou #lifeisshort

♬ original sound – Yogi & kids – Yogi & kids

“Sekiranya ada penduduk yang tidak suka kucing, mereka boleh maklumkan supaya kami lakukan sesuatu,” ujarnya yang memberitahu Yogi adalah seekor kucing yang mesra dengan semua penduduk di flat itu.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×