Famili

“Alhamdulillah…”- Berkat Penantian 8 Tahun Jadi ‘Cat Parents’, Akhirnya Dikurniakan Anak!

67
SHARES

Bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata seawal perkahwinan. Hal ini kerana kehadiran cahaya mata boleh memberi lebih kegembiraan serta kegirangan dalam kehidupan.

Namun tidak semua pasangan suami isteri diberi rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Perkara ini sama seperti perkongsian cat parents di laman Facebook yang sudah 8 tahun menanti kehadiran si kecil dan menganggap haiwan peliharaannya sebagai ‘anak.’

Baca juga: [VIDEO] Belum Sempat Bagi Cucu, Mama Umur 43 Tahun Pulak Yang Bagi Adik Baru!

BERKAT PENANTIAN 8 TAHUN, AKHIRNYA DIKURNIAKAN ANAK

Menerusi posting milik pengguna Facebook dikenali sebagai Mawar Merah, dia menjelaskan bahawa setelah 8 tahun penantian akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata.

Jelasnya, sebelum ini dia pernah membuat satu posting meminta doa rakan-rakan Facebook untuk mereka dikurniakan anak. Posting itu mendapat 11,000 tanda likes dan 1,000 komen daripada warganet yang mendoakan agar mereka diberi peluang untuk dikurniakan anak.

Masih ingat tak posting saya tahun lepas? Alhamdulillah berkat 11k doa kawan-kawan, tahun ni Allah beri kami rezeki yang lama kami nantikan. Berakhir sudah penantian 8 tahun kami, saya doakan pada cat parents yang masih menanti cahaya mata ada rezeki tak lama lagi.

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu ada segelintir individu yang gelak apabila melihat mereka melakukan sesi bergambar bersama si bulus. Namun, sebenarnya, pasangan suami isteri ini menganggap kucing tercinta seperti anak sendiri.

Orang tengok kami photoshoot bawak kucing orang gelak kan. Kalau lah orang paham kami dah anggap kucing-kucing kami macam anak sendiri mesti orang tak gelak kan kami. Doakan kami dikurniakan zuriat tak lama lagi. 7 tahun dah tunggu.

“ALHAMDULILLAH….”

Perkongsian itu sudah tentunya mendapat pelbagai respon daripada warganet dan ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah serta Alhamdulillah atas kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT.

Sumber: Facebook Mawar Merah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×