Nur

Ini Penjelasan Tentang Hukum Wanita Haid Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri…

31
SHARES
MANDI SUNAT HARI RAYA

Mandi sunat hari raya merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum menunaikan solat hari raya.
Waktu yang diharuskan mandi adalah bermula dari tengah malam manakala waktu yang disunatkan pula adalah selepas terbitnya fajar hingga terbenam matahari.

Bagi wanita yang sedang mengalami haid, pasti anda tertanya-tanya mengenai hukum mandi sunat hari raya dan menghadiri solat sunat. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Ada Beza Antara Anak Tak Sah Taraf & Anak Luar Nikah. Jangan Main Pukul Rata Je!

HUKUM WANITA HAID MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

MANDI SUNAT HARI RAYA

Hukum bagi wanita yang sedang datang bulan mandi sunat Hari Raya Aidilfitri adalah sunat. Tidak salah untuk wanita haid menghormati perayaan tersebut.

Selain itu, bagi mereka yang tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya mereka juga dianjurkan untuk menghadiri solat sunat hari raya.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Maksudnya: “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya serta membawa bersama anak dara dari biliknya dan wanita haid lalu mereka akan berada di belakang orang ramai bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari tersebut bersama-sama dengan orang ramai.” (Riwayat al-Bukhari)

Kesimpulannya, selepas mandi sunat Hari Raya Aidilfitri, wanita haid boleh menghadiri solat sunat hari raya selagi mana tempat didirikan solat itu bukan masjid.

Jika kawasan yang didirikan solat sunat hari raya adalah masjid maka kaum wanita tidak dibenarkan untuk masuk namun mereka boleh mendengarkan khutbah dari kawasan luar masjid.

AMALAN SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Antara amalan sunat ketika Hari Raya Aidilfitri yang boleh dilakukan adalah:

  • Menghidupkan malam raya dengan ibadah
  • Mandi sunat
  • Mengemaskan diri
  • Memperbanyakkan takbir
  • Memakai pakaian cantik dan kemas
  • Berwangi dan berhias
  • Sarapan
  • Menunaikan solat hari raya

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Non-Muslim Gunting Rambut Bayi Di Majlis Berendoi, Ambil Tahu Sebelum Buat

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Dalam Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×