Nur

Ada Beza Antara Anak Tak Sah Taraf & Anak Luar Nikah. Jangan Main Pukul Rata Je!

19
SHARES
anak tak sah taraf

Anak tak sah taraf dan anak luar nikah mempunyai perbezaan dan rata-rata masih ramai lagi yang belum tahu. Perkara ini perlu diambil berat agar persepsi masyarakat dapat diubah.

Jangan pukul rata sesuatu hal tanpa mengetahui perbezaannya. Jadi, ikuti penjelasan lanjut artikel di bawah mengenai maksud anak tak sah taraf dan anak luar nikah.

Baca juga: Jenis Pekerjaan Yang Boleh Jatuh Hukum Haram, Jika Dalam Situasi Ini…

PERBEZAAN ANAK TAK SAH TARAF & ANAK LUAR NIKAH

ANAK TAK SAH TARAF

Maksud anak tak sah taraf

Buat pengetahuan anda, semua anak luar nikah adalah anak tak sah taraf tetapi tidak semua anak tak sah taraf adalah anak luar nikah.

Sebagai contoh, jika ibu dan bapa tersebut menikah di luar negara seperti Thailand dan tidak daftarkan pengesahan nikah mereka di Malaysia, jadi anak tersebut juga dikategorikan sebagai anak tak saf taraf walaupun dia bukan anak luar nikah.

Maksud anak luar nikah

Para Fuqaha bersepakat bahawa maksud anak zina atau anak luar nikah adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah.

Anak tersebut dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

Anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki sama ada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh mewarisi antara satu sama lain, tidak boleh menjadi mahram dan bapa tersebut tidak boleh menjadi wali kepada anak tersebut.

Jika lelaki tersebut berkahwin dengan ibu kepada anak luar nikah itu dan sabit persetubuhan maka hubungan anak tersebut dengan lelaki tersebut adalah seperti anak dengan bapa tiri dan mereka adalah mahram.

Pastikan anda faham tentang perbezaan kedua-duanya dan anak luar nikah juga berhak dilayan seperti anak sah taraf kerana mereka juga manusia.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Amalkan Baca Doa Dan Zikir Ini Ketika Cuaca Panas, InsyaAllah Lega!

Sumber: JAKIM & Facebook Fahmi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×