Famili

Doktor Terkejut Pesakit Datang Tertelan Jarum, Rupa-Rupanya….

1.3K
SHARES

Kalau lepas makan memang biasanya akan ada sisa makanan sangkut di celah gigi. Seperti biasa pencungkil gigi akan digunakan untuk mengeluarkan sisa makanan yang tersangkut itu.

Lain pula kisah yang dikongsi oleh seorang doktor di laman Facebooknya, di mana pesakit bergegas ke hospital akibat tertelan jarum. Ini kerana menurut Dr Ezairy pesakit menggunakan jarum tersebut untuk membersihkan giginya. Alamak!

Baca juga: Ahli Keluarga Masuk Hospital Gara-Gara Makan Cendawan Beracun, Bahaya!

DOKTOR TERKEJUT PESAKIT DATANG TERTELAN JARUM…

“Macam mana jarum pin tu boleh masuk dalam mulut awak.. sampai boleh tertelan?” Ini soalan pertama saya aju kepada beliau. Saya lihat kembali pada x-ray. Ya, memang jelas ada di situ. Seakan tertanam dalam rongga leher! Pesakit saya ni hanya tertunduk. Teragak-agak pada mulanya.

“Saya nak bersihkan gigi, doktor. Guna pin tu. Kemudian termasuk ke dalam.” Subhanallah, terkejut besar saya dibuatnya.” 

Saya bawa beliau ke bilik prosedur. Kami gunakan segala alatan yang ada. Dengan bantuan 70 degree scope, kami dapati jarum itu betul-betul tercucuk di bahagian atas salur makanan beliau. Sedikit lagi nak masuk ke salur pernafasan.

“Okey, awak buka mulut. Kami akan tarik lidah awak keluar. Rileks saja. Kalau buat kat sini tak berjaya, kita terpaksa bawa awak ke dewan bedah.” Ujar saya.

Pesakit saya ni sangat kuat. Walaupun kami sebenarnya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan jarum pin tersebut, beliau ni tetap positif. Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan. Akhirnya jarum pin ini berjaya dikeluarkan. Beliau tidak perlu dibawa ke dewan bedah.

ELAK GUNAKAN ALATAN TAJAM

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Ezairy berharap orang ramai dapat jadikan pengajaran dan tidak menggunakan sebarang alatan tajam untuk membersihkan celah gigi.

Ada dua pengajaran utama daripada kisah ini:

1. Elak menggunakan alatan tajam dan bahaya untuk membersihkan celah gigi. Jarum jangan sekali. Bahaya, tuan-tuan.

2. Jika tersangkut apa-apa pada tekak, ikut langkah yang pesakit saya ini lakukan. Datang segera ke hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan tunggu saja di rumah.

Adik ni umurnya baru 13 tahun. Tetapi semangat beliau kuat. Doakan beliau ni terus sihat. Dan kita mendapat pengajaran berguna daripada kisah ini.

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×