Dapur

Resepi Pasta Buddies Stick Untuk Kudapan Latih Gusi, Mesti Anak Suka!

75
SHARES

“Si kecik ni mesti gatal gusi..semua benda dimasukkan dalam mulut..”

Anak-anak yang sedang membesar kalau boleh semua benda nak dimasukkan dalam mulut, lebih lebih lagi mereka yang dalam proses pertumbuhan gigi. Oleh itu, ibu ini telah kongsi snek makanan ‘pasta buddies stick’ yang boleh dibuat untuk si kecil yang sedang berlatih menguatkan dan menghilangkan gatal gusi.

RESEPI KUDAP-KUDAP LATIH GUSI

“Selagi boleh sumbat, disumbatnyaa haa dalam mulut.. dia gag banyak kali tp tetap nak makan juga.. ibu pantau je.. Jadilah ya anak buat kudap-kudap latih gusi tu.. gigi segan tak mahu keluar lagi..”

BAHAN MUDAH JE

1.Bawang putih, isi ayam, pasta buddies (dilenyek), isi jagung, tomato puree 1 sudu besar, CBS 2 sudu besar, lada hitam & mix herbs.

2.Tambahkan unbleached flour dan gaulkan.

3.Agak-agak adunan tak melekat, boleh la bentukkan.

KUKUS & BOLEH DIMAKAN

4.Kukus lebih kurang 10 minit, boleh terus serve atau boleh grillkan sekejap. Boleh juga jika disalut dengan oat dan goreng.

*Senang kan? Bahan pun simple je 🙂

Sumber: Myra Shafie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×