Dapur

Cara Buat ‘Jajan’ Sihat Untuk Anak. Sedap, Rangup & Rapuh Macam Muruku

75
SHARES
resepi snek bayi keropok

Kalau boring nak beli makanan baby yang dekat kedai tu, bolehlah cuba resepi snek bayi homemade ni.

Sekali pandang macam keropok pagoda, atau kuih gunting. Teksturnya rangup dan sesuai dijadikan finger food.

Yang penting tak keras, barulah baby boleh makan dengan mudah. Mak-mak pun taklah risau anak tercekik.

Jom kita cuba resepi snek bayi sihat tanpa garam, gula atau bahan perasa MSG oleh Puan Nur Adiba Amira yang dikongsikan menerusi Facebook beliau.

Resepi Snek Sihat Untuk Bayi & Anak Kecil

Resepi snek bayi atau keropok sihat homemade ni tentunya bebas segala bahan perasa yang tak bagus untuk anak.

Mak-mak tak payah risau sebab keropok ni dia tak keras, ala-ala keropok pagoda atau muruku jenis yang rapuh tu.

Saya buat untuk saya yang umurnya 1 tahun 11 bulan.

Bahan-bahan

  • Daun kari dicincang halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Tepung gandum unbleached (1 1/2 cawan)
  • Ikan bilis (ditumbuk dan direndam sebelum digoreng)
  • Sedikit air (agak-agak untuk jadikan doh)
  • Minyak panas (dicampurkan ke dalam tepung)

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan terlebih dahulu kecuali air.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  3. Kemudian boleh leperkan atau gelek ikut nak nipis macam mana.
  4. Potong ikut bentuk yang kita nak.
  5. Sediakan kuali dan panaskan atas api.
  6. Goreng dalam minyak banyak (deep fry).
  7. Mula-mula guna api besar, bila dah nampak gelembung tu bolehlah kecilkan api.
  8. Angkat bila dah keperangan.
  9. Toskan dan tunggu sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Satukan bahan-bahan.

Minyak yang dipanaskan.

Dah siap bentukkan kita goreng.

Dah siap… Nampak sedap kan?

Bolehlah buat stok kudapan masa tengok TV. Mak-mak pun confirm nak tumpang sekaki.

Sedap!

Mudah dan simple je nak buat kan?

Yang penting resepi snek bayi homemade ni memang terjamin kebersihannya. Bebas gula, garam dan perasa pun tetap juga sedap tau.

Tak percaya, cubalah buat sendiri dekat rumah nanti.

Mesti berebut dengan anak nak makan!

[Baca juga: Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah. Jimat, Baru Puas Makan!]

*Resepi snek bayi homemade ala muruku ini dikongsikan oleh Nur Adiba Amira menerusi Facebook. Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sebarang pertanyaan tentang resepi, atau lebih banyak perkongsian, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×