Dapur

Cara Buat Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah. Jimat, Baru Puas Makan!

51K
SHARES

Anak-anak memang suka makan cheesy wedges, dan antara yang paling popular tentulah yang terdapat di KFC.

Tahukah anda, sebenarnya cara buat wedges kentang ini bukanlah sesukar mana. Bahannya pun mudah didapati. Jom ikuti perkongsian Puan Salimah Olie untuk resepi cheesy wedges ala KFC ini. Mudah sangat!

Cara Buat Wedges Kentang Ala KFC Oleh Salimah Olie

Berikut adalah bahan dan resepi yang diperlukan untuk membuat cheesy wedges ala KFC yang sedap dan lazat.

Bahan-bahan

  • 4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
  • Mixed herbs
  • Lada sulah
  • Garam
  • Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

cheezy-wedges-3

Cara-cara

1. Potong Kentang

Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.

2. Kukus 

Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.

cheezy-wedges-4

3. Gaulkan Mixed Herbs

Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh.

Gaulkan biar sebati.

mccormick-herbs-spices-mixed-herbs-10g-soukai-1504-07-f44263_1

4. Taburkan Tepung Jagung

Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

cheezy-wedges-6

5. Goreng

Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade.

cheezy-wedges-2

Cara Buat Sos Cheesy Homemade

Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.

Bahan-bahan

  • 3-4 sudu makan mentega / marjerin
  • 250ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum yang diayak
  • 1 kiub pati ayam
  • 6 keping keju biasa
  • sedikit serbuk lada hitam & lada putih
  • sedikit pewarna kuning (optional)

Cara-cara

1. Panaskan Bahan

Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.

2. Masukkan Kepingan Keju

Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.

Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3. Siap

Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

* Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.

cara buat wedges

Selamat Mencuba!

Mudahnya cara buat wedges kentang ala KFC ini. Memang jimat dan berbaloi untuk anda cuba sendiri di rumah. Mudah dan murah. Semestinya lazat! Tak rugi mencubanya. Tentu anak-anak suka, bukan?

 

**Resepi asal dan cara buat wedges kentang ini adalah oleh Puan Salimah Olie. Anda boleh mendapatkan serbuk cheese yang mudah dan lazat ini melalui Facebook Salimah Olie atau page Cheese Powder dan Tepung Magik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×