Dapur

Cuma Guna 2 Bahan. Ini Cara Buat Keropok Beras Untuk Bayi Tanpa Garam, Gula & MSG

2.6K
SHARES

Sejak bayi dah tumbuh gigi, mungkin bayi akan lebih berminat pulak dengan makanan yang keras sedikit. Tapi kalau kita bagi keropok ikan yang kita biasa makan ni takut kurang sesuai pula diberi selalu sebab ia ada kandungan garam dan pengawet kan.

Jadi, ibu-ibu yang berminat bolehlah cuba buat keropok beras untuk bayi ini.

Ada disertakan resepi serta langkah step-by-step oleh Puan Farah Ain A Darwish.

Jom tengok selengkapnya di bawah ini.

Resepi Keropok Beras Homemade Untuk Bayi

Hari ni saya saja nak cuba buat keropok beras untuk baby.

Kalau nak ikutkan, sebenarnya boleh juga guna laksa beras atau rice paper untuk Vietnam rolls tu (ada kandungan garam).
Sama saja konsep dan rasanya.

Tapi saya memang suka DIY dan bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut cara ini.

Bahan-bahan

  • Satu cawan nasi (saya guna cup sukatan)
  • Sedikit air
  • Bahan perasa jika suka: serbuk bilis, serbuk bawang putih

Cara-cara

Berikut adalah cara buat keropok beras baby satu persatu.

1. Kisar

Mula-mula kisarkan semua bahan sampai halus menggunakan blender.

2. Buat Lapisan Nipis

Kemudian, sapu rata nipis-nipis bahan tadi di atas silicone baking mat atau baking paper.

3. Panaskan Hingga Kering

Panaskan dalam oven dengan suhu paling rendah iaitu sekitar 80-100 darjah celcius selama lebih kurang sejam.

Ingat, kena selalu check tau. Jangan bagi dia hangus.

Selain guna oven, boleh jemur dekat panas atau guna dehydrater jugak.

Resepi keropok beras

4. Goreng

Bila tekstur lapisan tadi dah kering macam kertas, kopek dari baking paper.

Boleh pecah-pecahkan dan kemudian goreng dalam minyak panas.

Cara saya buat, panaskan minyak dan buka api kecil. Guna penyepit celup dalam minyak. Sekejap je sampai dia kembang, terus angkat.

Saya goreng sekeping demi sekeping sebab dia cepat hangus.

Siap!

Beginilah hasilnya.

Puas Hati Buat Sendiri

Memang puas hati buat sendiri walaupun kejadian tak seberapa dan kena tunggu lama.

Walaupun cuma dapat sebalang kecil, kita tak risau nak bagi makan dekat anak kecil kan?

Kalau berminat, ibu-ibu bolehlah cuba resepi keropok beras baby ni di rumah.

Baby mesti suka!

 

*Resepi keropok beras untuk bayi ini disumbangkan oleh Puan Farah Ain A Darwish menerusi Facebook Group Happy Baby Foods Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan resepi boleh diajukan melalui post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×