Hantar anak ke rumah pengasuh bukan menjadi alasan buat si ibu untuk tidak rajin ke dapur. Sudah diketahui bahawa pengasuh akan menyediakan makanan kepada anak-anak kita, tetapi tidak salah juga untuk si ibu sendiri menyediakan makanan di rumah. Inilah masanya untuk ibu tunjuk skil buat menu bekal anak yang best-best!
Menyediakan makanan yang berkualiti dan cukup dengan nutrisi bukan sahaja dapat mengenyangkan perut anak-anak sebelum makanan di rumah pengasuh tersedia, malah kebersihan juga terjamin! Bukan itu sahaja, mungkin para pengasuh pun akan mula ikut dengan idea bekal anda.
IDEA MENU BEKAL ANAK UNTUK KE RUMAH PENGASUH
Paling penting dalam menu anak-anak yang semakin membesar adalah menyelitkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam bekal mereka. Barulah perut kenyang dan khasiat dapat disalurkan dengan betul.
1. Buah anggur, bubur ayam, kentang wedges
2. Mango, bihun goreng singapore, potato fritters
3.Ikan tenggiri grill kuah percik, bubur nasi, organic smooth tofu + sos buah naga, pisang
4. Lempeng labu, baby pasta, creamy pumpkin sauce, mangga susu
5. Mee suah, sup ayam, buah naga
6.Tenggiri grill, sup sayur + telur, buah pisang, nasi
7. Nasi, singgang ikan kembung, buah anggur
8. Nasi, sup tofu telur goreng, buah anggur
9. Telur hancur, ayam goreng kunyit, nasi putih, pisang dan yogurt
*Nampak menarik dan mudah sahaja kan menu yang dikongsikan? Anda pun boleh cuba!
Sumber : Nur Liena Amalina