Euforia Bola 2026
Asuh

Ini Realiti Kena Hadap Bila Didik Anak Perempuan, Banyak Kena Korbankan Tapi Syurga Menanti

DIDIK ANAK PEREMPUAN

Didik anak perempuan, khususnya anak sulung, sering kali menuntut pengorbanan emosi dan kesabaran yang tinggi. Anak perempuan, walaupun terlihat manja dan rapat dengan si ayah, pada hakikatnya menjadikan ibu sebagai tempat rujuk utama dalam kehidupan mereka.

Baca juga: 7 Jenis Buli ‘Senyap’ Yang Ibu Bapa Wajib Tahu, Takut Anak Pernah Buat Dekat Sekolah!

DIDIK ANAK PEREMPUAN BANYAK KENA KORBAN, TAPI INI CARANYA

DIDIK ANAK PEREMPUAN

Freepik

Dalam mendidik anak perempuan, ibu bapa perlu memahami bahawa pendekatan berbentuk penghargaan dan empati lebih memberi kesan berbanding arahan atau tekanan. Pendidikan anak perempuan bukan sahaja memerlukan peraturan dan disiplin, tetapi juga belaian perasaan.

1. Raikan dengan kata-kata dan pemberian

Anak perempuan perlu dihargai secara emosi dan psikologi. Ucapan seperti “tahniah”, “maaf” atau “terima kasih” mampu memberikan kesan yang besar. Sesekali, hadiah kecil boleh menjadi tanda sokongan dan kasih sayang yang berkesan.2.

2. Perempuan adalah makhluk berperasaan

Pendekatan yang menyentuh emosi lebih berkesan. Dengarkan luahan mereka, fahami kesedihan dan raikan kegembiraan mereka dengan empati.

3. Didik dengan bayangan masa depan sebagai isteri

Tanamkan rasa tanggungjawab dan ketaatan kepada perintah yang baik sejak kecil. Ia menjadi asas penting untuk mereka bersedia menghadapi peranan sebagai isteri kelak.

4. Asuh ketaatan pada ibu bapa

Anak perempuan yang taat dan menghormati ibu bapanya akan lebih mudah taat kepada suami apabila berumah tangga nanti.

5. Biasakan anak perempuan suka berada di rumah

Rumah perlu menjadi tempat yang tenang dan disukai. Wanita perlu dididik untuk menjadikan rumah sebagai pusat peranan dan kasih sayang, bukan tempat yang membosankan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa sesiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan dan mendidik mereka dengan baik, maka Allah telah sediakan syurga untuknya.

Ganjaran ini tidak datang dengan mudah, tetapi memerlukan pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang berterusan.

Baca juga: Sikap Ibu Bapa Jadi PUNCA Anak Membuli Di Sekolah, Tegas Tak Bertempat Akan ‘Makan’ Diri!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×