Famili

“Waktu Anak Perempuan Kecil Lah Ibu Bapa Kena Layan & Jaga Perasaan Mereka”

1.5K
SHARES

Sudah menjadi lumrah buat anak-anak kecil dimana mereka sangat mendahagakan kasih sayang dari ibu bapa. Situasi ini akan menjadi rumit jika ibu bapa tersebut terdiri dalam kalangan orang yang sentiasa sibuk atau ‘workaholic’ kerana akan kurang waktu bersama anak-anak.

Namun, penting untuk ibu bapa tetap meluangkan masa bersama anak-anak khususnya anak perempuan kerana kata orang, anak perempuan ini bila dewasa akan jadi anak orang lain juga. Ini juga dikongsikan oleh seorang ayah di laman media sosial seterusnya memberikan nasihat buat semua ibu bapa di luar sana.

“PAPA PERGI MAIN TAKPE, KAKAK TAK BOLEH”

Aku rasa sebagai bapa aku kena kongsi benda ni. Hari tu aku pergi kursus 3 hari. Balik-balik tu anak perempuan aku ajak keluar, nak main kat shopping complex. Aku kata nanti dulu. Last-last oleh sebab penat drive aku tertidur.

Bangun-bangun aku tengok anak aku muncung dah. Aku kata esok-esoklah pergi. Bila aku jawab macam tu, dia merajuk la apa lagi. Cuma yang buat aku sedikit terkesan tiba-tiba dia kata:

‘Ala papa tu setiap minggu boleh je main badminton, kakak nak main sekejap je takkan tak boleh pulak?’

WAKTU KECIL LA NAK BERIADAH DENGAN ANAK PEREMPUAN

Benda ni buat aku terfikir.

Sebenarnya bila kita ada anak perempuan, waktu dia kecik inilah kita bagi dia beriadah/ bersenam/ bermain puas-puas sebab bila dia dah besar dan dia dah berkahwin, memang susah perempuan nak jumpa timing waktu dia beriadah sebab komitmen terhadap waktu yang lain lebih penting daripada waktu riadah ni.

Lelaki lain. Dorang dah kahwin ke bujang ke banyak aktiviti yang dorang boleh buat, main futsal, main badminton, main basikal atau paling koman berjalan guna tangan sambil kaki kat atas time nak pegi masjid.

Berbeza dengan perempuan. Bila dah dewasa banyak benda yang dorang kena fikir kalau nak libatkan diri dengan akitiviti luar ni. Soal aurat, soal komitmen, soal fasiliti yang hanya sesuai untuk lelaki dan macam-macam isu yang membataskan perempuan untuk terlibat dengan aktiviti luar.

LAYANLAH ANAK PEREMPUAN, JAGA PERASAAN MEREKA

So, bagi ibu bapa waktu anak-anak perempuan ini masih kecillah kita jaga perasaan dorang, layan dorang dan bagi peluang puas-puas untuk dorang bermain. Jangan sekat dorang untuk bermain.

Sekarang ni banyak je tempat permainan kat shopping complex, bayar je RM10 boleh main puas-puas sampai balik dalam kereta terus tertidur, sebab kepenatan.

Kalau tak nak yang bayar, bawak je pergi taman permainan percuma atau kalau tak boleh jugak bawak je anak-anak perempuan ni joging depan rumah. Main kejar kejar dengan dorang. Mesti dorang happy. Selain daripada boleh keluarkan peluh, anak perempuan mesti happy sebab kita bagi perhatian khusus kat dorang.

Di samping itu, bapa-bapa boleh selit sikit-sikit pada anak perempuan tentang adab berpakaian, jangan buang sampah merata-rata time riadah, jangan buat vandalisme time beriadah. Aku percaya dengan didikan start daripada awal ini akan tertanam dalam pemikiran anak-anak ini sampai dorang besar panjang.

Buat bapa-bapa sekelian, hargailah masa bersama anak-anak perempuan kita sementara dorang masih kecik ni sebab bila anak perempuan korang dah besar, dah kahwin pasti kita teringat-ingat ‘priceless time’ bersama ni, percayalah. Buat mak ayah yang ada anak perempuan, bagilah ruang dan peluang secukupnya untuk anak-anak bermain. Sibuk macamana pun kita, curilah sikit masa kita untuk dorang.

Sharelah kalau status ni bermanfaat agar anak-anak kita kita semua membesar bagai juara. Isteri-isteri apa lagi tag la suami tapi itulah bukan dorang baca pun, kan?

Sumber : Muhammad Yusof

Most Popular

To Top