40 Minggu

Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Nafi, Pihak Pengurusan Jenazah Bayi ‘Balas’ Dengan Dedah Kisah Sebenar!

1
SHARES
hospital bersalin razif

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial apabila jenazah seorang bayi lelaki dibekukan oleh sebuah hospital bersalin swasta yang dikenali sebagai Hospital Bersalin Razif kerana si ayah tidak dapat membuat pembayaran rawatan secara penuh. Malah, ibunya juga ditahan di wad.

Tindakan hospital itu berbuat demikian mendatangkan pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada yang mengatakan hospital itu tidak berperikemanusiaan. Terbaharu, hospital yang terletak di Taman Andalas, Klang itu sudah ‘menonjolkan diri’  apabila mengeluarkan kenyataan rasmi.

Baca juga: Jenazah Bayi Dibekukan 2 Minggu Sebab Ayah Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Netizen Soal Mana Perikemanusiaan?

HOSPITAL BERSALIN RAZIF KELUARKAN KENYATAAN, KATANYA IBU BAPA ‘BAYI BEKU’ TAK KAHWIN?

hospital bersalin razif

Kenyataan rasmi.

Dalam sebuah kenyataan di Facebook, hospital itu menerangkan cerita dari sudut mereka berkenaan isu yang tular itu.

“Pesakit mendakwa ini merupakan kandungan pertamanya dan dia datang ke HBR dalam keadaan hendak bersalin. Dia tidak pernah mendapat sebarang pemeriksaan antenatal sepanjang mengandung dan hanya memantau kandungan menggunakan aplikasi. Dia (pesakit) dibawa ke hospital itu oleh ‘suaminya’ (yang kemudiannya diberitahu mereka tidak berkahwin),” tulisnya.

HBR kemudiannya berkata pihaknya masih mengambil pesakit itu atas dasar kemanusiaan meskipun kandungannya tidak diperiksa dan tiada sebarang booking dibuat. Wanita itu kemudiannya melahirkan bayi yang tidak sempurna dan difahamkan mengalami sindrom Cyclopcia yang amat jarang berlaku di mana dia hanya mempunyai satu mata dan biasanya hanya bertahan 10-12 jam.

“Doktor kemudiannya menjelaskan keadaan bayi itu kepada ‘bapanya’ dan meminta untuk melaungkan azan kepada bayi tersebut. Suntikan rutin diberikan kepada bayi itu, bagaimanapun bayi itu bertukar biru dan meninggal beberapa minit selepasnya. Permit pengebumian ditandatangan dan doktor telah memberitahu si ‘suami’ untuk menguruskan pengebumian bayi itu, si ‘suami’ bagaimanapun meninggalkan hospital kerana perlu ke tempat lain,” tulisnya lagi.

hospital bersalin razif

Menurut kenyataan itu, wanita tersebut dibenarkan untuk discaj dari hospital tersebut keesokan harinya namun dia berkata dia tidak mampu untuk melangsaikan bil bernilai RM2,480, pihak hospital bagaimanapun meminta pesakit itu menyelesaikan urusan pengebumian terlebih dahulu sebelum membayar bil tetapi wanita tersebut hanya menunggu ‘suaminya’. HBR hanya menunggu untuk pesakit itu dan ‘suaminya’ untuk mengambil bayi tersebut dan mereka tidak berbuat demikian.

Malah, pihak HBR berkata mereka terus menunggu untuk hal pengebumian bayi tersebut dan wanita itu pula masih di hospital berkenaan diberikan khidmat kaunseling serta makanan percuma. Dia juga dikatakan beramah mesra dengan pekerja di hospital berkenaan.

“’Suaminya’ itu hanya melawatnya beberapa minit dalam 2 ke 3 hari, pihak hospital cuba untuk menghubunginya berkenaan pengembumian namun gagal. HBR kemudiannya ingin berbincang isu ini dengan melibatkan pihak polis namun pesakit itu merayu untuk tidak berbuat demikian. Dia (pesakit) hanya berkata ‘suaminya’ akan uruskan segalanya, HBR juga cuba untuk menghubungi keluarga pesakit itu tetapi dia enggan memberikannya,” tulis kenyataan itu lagi.

Wanita itu juga berkata dia hanya menyewa bilik dengan ‘suaminya’ dan tidak mempunyai keluarga yang tinggal berdekatan. HBR menegaskan pihaknya akan kekal komited terhadap ketelusan dan pematuhan dalam semua urusan mereka.

JAWAPAN BALAS DARI PIHAK PENGURUSAN JENAZAH WAN CHAI, “ADA BUKTI RESIT!”

Selepas pihak HBR mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan, orang ramai masih mempunyai 101 persoalan kerana ada yang menganggap seperti tidak logik. Jadi, ada balasan jawapan pula dari pihak pengurusan jenazah Wan Chai Official yang menguruskan jenazah Baby Adham beberapa hari lepas.

“Seperti yang kami sudah jangka pihak di sana akan manipulasi kenyataan untuk tutup salah laku menahan Baby Adham selama 2 minggu. Sijil nikah original kami dah lihat depan-depan. Salinan sijil nikah mereka pun kami ada. Plot twist doktor tak jadi,” tulis Wan Chai.

Tambah pihak Wan Chai lagi, pihak HBR sendiri tidak pernah melihat sijil kahwin kepada pasangan tersebut malah mereka ada bukti beberapa resit pembayaran yang menunjukkan bahawa ayah kepada Baby Adham sudah beberapa kali ke hospital untuk melangsaikan pembayaran tertunggak. Malah, mereka memberitahu bahawa ada seorang staff hospital yang begitu tegas mengatakan selagi bayaran tidak habis, mereka tidak boleh menuntut jenazah.

Malah, tarikh yang dinyatakan oleh pihak HBR mengatakan ibu kepada mangsa dikeluarkan dari wad bersalin pada hari sama menuntut jenazah iaitu pada 7 Disember 2024 juga adalah tidak tepat. Hal ini kerana mereka mempunyai bukti resit pembayaran amaun tidak penuh pada tarikh tersebut dan bapa bayi melawat isteri di dalam wad kerana masih ditahan selagi pembayaran penuh belum dilakukan!

*Kesimpulannya, jika pun ada peraturan sedemikian, patut berilah kelonggaran. Peraturan ini manusia buat. Boleh ubah ikut kesesuaian, ikut empati, ikut saranan agama yang syorkan setiap mayat perlu disempurnakan secepat mungkin.

“Kau dah la lahirkan anak cacat. Kau tak reti uruskan jenazah anak kau ke?”

Menurut ayah adik Adham, ayat itu diungkap oleh owner hospital, merujuk kepada Dr Razif. Jika benar itu kata-kata yang keluar dari seorang doktor, sangat tidak patut, biadab dan menghina dan perlu ada permohonan maaf dari beliau sendiri. Kenyataan baharu juga memberitahu bahawa individu bernama Dato Ahmad Zaharil Muhaiyar tampil membantu pihak ibu bapa bayi.

Baca juga: Senarai Harga Pakej Bersalin C-Section Di 8 Buah Hospital Dalam Malaysia, Cecah Belasan Ribu!

Sumber: Hospital Bersalin Razif, Wan Chai Official, Mohd Fadhli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×