Asuh

Kes Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Ketika Dijaga Pengasuh, Bedah Siasat Sahkan Kecederaan Kepala!

KECEDERAAN KEPALA

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Isnin lalu, disahkan mengalami kecederaan kepala akibat trauma daya tumpul.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, hasil bedah siasat mendapati kecederaan yang dialami bayi berkenaan berpotensi menyebabkan kematian.

Baca juga: Tendang & Jentik Anak Dalam Lif Kerana Berebut Stroller, Rakaman CCTV Cetus Kemarahan Warganet

KECEDERAAN KEPALA PUNCA BAYI 10 BULAN MENINGGAL

KECEDERAAN KEPALA

Menurutnya, pemeriksaan perubatan mengesahkan kecederaan pada kepala mangsa konsisten dengan trauma daya tumpul. Bagaimanapun, punca sebenar kecederaan itu masih belum dapat dipastikan.

“Doktor tidak dapat menentukan sama ada kecederaan tersebut berpunca daripada kemalangan atau perbuatan orang lain, termasuk jumlah impak yang berlaku,” jelasnya.

Susulan kejadian itu, pengasuh berusia 25 tahun berkenaan telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Anuar berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan dan sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, ibu kepada bayi berkenaan, Sharifatul Hafizah Sahul Hamid, 34, memaklumkan bahawa hasil bedah siasat mengesahkan anak bongsunya, Muhammad Faris Syazwan Muhammad Zulkarnain, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala serta pendarahan dalam otak.

Menurut laporan terdahulu, jenazah bayi itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Neting, Kelantan, pagi semalam. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang meragut nyawa bayi berkenaan.

Baca juga: Kanak-Kanak Ireland Jatuh Cinta Dengan Makanan Asia Tenggara, Ibu Wajib ‘Fly’ Setiap Tahun Ke Malaysia!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×