Tabiat mencukur akan menyebabkan ketiak hitam dan secara tidak langsung mengakibatkan anda hilang keyakinan diri. Antara cara putihkan ketiak yang boleh anda cuba dengan menggunakan bahan di dapur sahaja.
Menerusi perkongsian Suzy di laman Facebooknya, petua ini sangat berkesan dan ia juga berfungsi untuk menghilangkan bau ketiak. Jom cuba.
Baca juga: WAH! Tak Sampai Sebulan Confirm Seluar Londeh, Rupanya Sebab Minum Air Jus Ini
CARA PUTIHKAN KETIAK GUNA 2 BAHAN, MUJARAB!
Bahan-bahan:
- Limau nipis
- Kapur sirih
Cara-caranya:
1. Belah dua limau nipis dan campurkan dengan kapur sirih.
2. Kemudian gosok secara perlahan.
3. Biarkan selama 10 minit. Buat 3 kali seminggu untuk hasil yang lumayan.
Lebih menarik lagi, bau ketiak dan bulu akan lambat tumbuh. Ini antara amalan orang lama-lama selalu buat. Semua guna bahan yang ada di dapur sahaja.
Kena rajin buat dan konsisten, baru nampak hasilnya.
Antara kelebihan limau nipis adalah:
- Merawat bintik hitam
- Merawat jerawat dan jeragat
- Bersifat anti penuaan
- Merawat kulit gelap
- Merawat pori di muka
- Buang sel kulit mati
- Boleh cantikkan kulit
- Merawat kelemumur
- Rambut lebih lebat
- Bagus untuk sisitem penghadaman
- Boleh merawat demam
- Membantu penurunan berat badan
- Bagus untuk kesihatan dalaman wanita
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Awet Muda, Tiap Hari Benamkan Bawang Putih Dalam Nasi
Sumber: Facebook Suzy Honey