“Jangan paksa saya untuk makan nasi. Nanti ke hospital perginya,” itulah pendedahan yang dibuat oleh seorang pemuda dikenali sebagai Ammar Loy, di akaun TitTok miliknya.
Ammar membuat pendedahan tersebut ketika sedang makan beradab di majlis perkahwinannya baru-baru ini. Dapat dilihat di dalam video tersebut, dia tidak menjamah hidangan itu.
Baca juga: ‘Content’ Suka-Suka Tahfiz Cilik Berlakon Cairkan Hati Netizen, Ada Terselit Mesej Murni!
MAKAN NASI BOLEH MENYEBABKAN MASUK HOSPITAL
Menurutnya lagi, kali terakhir dia menikmati nasi pada usia lima tahun.
“Jangan paksa saya untuk makan nasi. Nanti ke hospital perginya. Kali terakhir makan nasi ketika berumur lima tahun, sekarang sudah 28 tahun.
“Hampir 23 tahun saya tidak sentuh nasi. Jadinya awak kenalah masakkan Western food setiap hari, paling malas pun roti bakar dengan kaya pun ok,” katanya.
Malah, selepas berkahwin isterinya juga sudah tidak berminat dengan nasi.
“Hidup tanpa nasi selama 23 tahun. Alhamdulillah kini isteri bakal mengikuti, tak makan nasi juga.
“Jangan pelik saya juga manusia biasa, bukan alien yang turun dari planet Pluto. Ahli-ahli grup tak makan nasi berkumpul sini,” ujar Ammar.
Kongsinya lagi, abangnya juga menunjukkan kecenderungan yang sama.
“Kita tunggu turn abang saya pula naik pelamin. Tengok macam mana sebab dia pun 23 tahun tak pernah sentuh nasi. Kali terakhir dia makan nasi pada umur tujuh tahun.
“Macam inilah kami, meratah lauk sahaja,” kongsinya yang turut mendedahkan akan muntah jika cuba memakan nasi.
Baca juga: [VIDEO] Bawa ‘Hanger’ & Getah Paip Ingatkan Rakan Solat, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Tarik Perhatian!
Ada juga dalam kalangan warga maya tidak boleh makan nasi
Meninjau di ruangan komen, terdapat segelintir warga maya yang turut mempunyai tabiat sama dan memakan pelbagai jenis sajian bagi menggantikan nasi untuk meneruskan hidup.
“Anak saya juga tak makan nasi, masa makan beradab dia makan kuetiau goreng, nuget dan sosej.
“Eh sama dengan saya. Dari lahir tak penah makan nasi, tapi mi, bihun, kuetiau saya makan. Itu pun bila dah sekolah rendah belajar makan, tapi nasi memang tak boleh nak telan sampai sekarang.
“Wahhh sama macam anak. Anak sulong terakhir makan nasi masa umur 2 tahun. Sekarang dah 14 tahun, 12 tahun tak makan nasi. Pernah cuba beri makan memang emergency perginya, jadi kami pasrah sahajalah. Dia suka roti.
“Anak buah saya roti canai, nuget dan air coklat sahaja menunya. Lauk-lauk pun dia tak makan.
“Suami saya pun tak makan nasi. Hidup dia selama 36 tahun ini tak pernah lagi sentuh nasi. Alhamdulillah, sihat sahaja dan dia hanya makan bihun. Hari-hari saya masakkan bihun untuk dia,” ruangan komen yang sarat dengan perkongsian tabiat sama ini.
@ammar_loy Hidup tanpa nasi selama 23 tahun , alhamdulillah kini istri bakal ikut sama tak makan nasi juga HAHAHAH 😂😂, jangan pelik sy juga manusia biasa, bukan alien yang turun dari planet pluto 🙈 Ahli2 group tak makan nasi bersatu kumpul sini, kita buat group ws HAHAHHA mua by@FIFI CLIO groomingstylist by @Wan Jelani fyp fyppp CapCut kawansampaikahwin pengantintakbolehmakannasi allergicNasi takmakannasidarikecil pengantintakbolehmakannasidarikecil
Sumber: TitTok @ammar_loy
FT Image: TitTok @ammar_loy