Seorang wanita yang memuat naik video lakonan beberapa pelajar tahfiz sebagai watak penjual dan pembeli seperti satu trend pernah tular di media sosial, tidak menyangka akan berdepan dengan maklum balas positif dari warga maya.
Perkongsian video di platform TikToknya itu telah meraih lebih 3.5 juta tontonan dengan rata-rata pelayar terhibur melihat kecomelan juga gelagat pelajar tahfiz dikenali Fayyadh, 9, Faqeh, 12, Luqman, 13, dan Danish, 14.
Baca juga: Anak Tak Boleh Masuk MRSM Jika Ibu Bapa Dalam ‘Blacklist’ MARA – Datuk Rubiah Wang
PELAJAR TAHFIZ BERLAKON SUKA-SUKA
“Mereka cuma ikut sama berlakon dalam video untuk suka-suka saja dan bukan kerana bekerja dengan saya atau ada maksud lain.”
Itu kata wanita dikenali sebagai Puteri, 28, juga pemilik gerai Puteri’s Cafe berkaitan video parodi pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri di sini.
Bercerita lanjut kepada Harian Metro, Puteri berkata, dia tenaga pengajar di madrasah itu dan pelajar berkenaan anak didiknya.
“Pelajar teruja dan tawar diri untuk buat ‘content’ (perkongsian) TikTok, jadi saya rakam kemudian muat naiknya.
“Tak sangka ramai teruja dan kata video itu lain daripada yang lain. Ada mesej cuba disampaikan dalam video berkenaan iaitu bersabar dalam apa jua keadaan,” katanya ketika dihubungi.
Baca juga: [VIDEO] Bawa ‘Hanger’ & Getah Paip Ingatkan Rakan Solat, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Tarik Perhatian!
Menurut Puteri, sejak video itu tular, gerainya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, ramai yang singgah ke gerai yang saya usahakan dengan suami (Abd Rahman Abas, 40) dan setakat ini, kami menjual shawarma selain minuman kopi serta matcha.”
“Kami berniaga di rumah selama dua tahun sebelum buka gerai pada September lalu. Perniagaan ini tiada kaitan dengan pelajar serta madrasah, cuma anak tahfiz selalu ke gerai untuk memeriahkan suasana,” ulasnya lagi.
Pelayar Tiktok benar-benar terhibur!
Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata pelayar TikTok sungguh terhibur apabila melihat lakonan penjual cilik yang memarahi pelanggannya dengan suara lembut bertentangan dengan idea asal parodi tersebut.
“Adik lupa pakai capslock ni time marah.
“Tak bukan macam ini, trend dia kasar bukan soft spoken huhuhu.
“Adik marah guna huruf kecil ke.
“Bila budak-budak tahfiz bercakap, Allah lembut betul ye. Kemain sedap dengar dekat telinga.
“Kalau macam ini punya soft, 5 jam pun saya sanggup tunggu.
“Garang sikit dik,” antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warga maya.
@puteriscafe Sabar itu kan separuh daripada iman 🥰 #cafetepijalan #kopimokapot
Sumber: Harian Metro / Puteris Cafe
FT Image: TikTok Puteri’s Cafe