Ikan cencaru selain popular dihidangkan sebagai ikan bakar yang dicecah bersama air asam, ia juga sering diolah menjadi hidangan lain yang memerlukan kulit jaketnya dibuka. Tapi nak menyiang jaket ikan cencaru ini memang perlukan kemahiran, kalau tidak habis tercarik isinya.
Kalau begitu, apa kata anda cuba membuka kulit jaket ikan cencaru seperti cara yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail dibawah.
ADA KE CARA MUDAH BUKA JAKET IKAN CENCARU?
Ikan Cencaru
Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.
Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti.
Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya. Soalan: Ada tak cara mudah untuk buka jaket cencaru?
JAKET IKAN CENCARU, CARA BUKA TANPA TERCARIK ISINYA:
Cara saya: Yang ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni lama tapi tak pernah cuba.
1. BUANG SIRIP TEPI IKAN
2. CUNGKIL KULIT TEPI SIRIP
3. KELUARKAN KULIT YANG SEDIKIT ITU
4. PEGANG KULIT DENGAN MENGGUNAKAN TUALA/TISU DAPUR/KERTAS
5. TERAKHIR, RENTAP ATAU TARIK KULIT SAMPAI KE BAHAGIAN EKORNYA
Selain dipanggil cencaru, ia juga digelar ikan jaket kerana mempunyai kulit jaket yang keras di luarnya. Macam mana, macam mudah kan caranya? Kalau anda gagal, jangan putus asa tau. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Mazlina Haji Ismail via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)