Dapur

Dah Bosan Enoki Butter? Ini Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup, Sepaket Memang Tak Cukup!

8
SHARES

Biasanya kalau makan steamboat mesti wajib ambil cendawan enoki. Memang sedap sangat dihirup bersama kuah panas. Kalau ada yang tak tahu, cendawan enoki boleh digoreng makan bersama sos cili.

Kali ini resepi agak sedikit berbeza kerana cendawan enoki disalut bersama salted egg. Haa, pernah rasa tak? Kalau tak pernah jom cuba resepi cendawan enoki salted egg rangup perkongsian Nur Masri.

Baca juga: Panduan Buat Roti Gebu & Lembut, Tak Mengecut Bila Dah Masak

RESEPI CENDAWAN ENOKI SALTED EGG RANGUP, SEPAKET MEMANG TAK CUKUP

cendawan enoki

Bahan-bahan: 

– 3 bungkus Cendawan Enoki

– 2 biji telur ayam

– Tepung goreng serbaguna seri aji

– Cili padi dan daun kari

– 3 biji Telur masin ( rebus, ambil kuning terlur shj dan hancurkan)

– Butter

– 5 ulas bawang putih (cincang halus)

– Maggi cukup Rasa

– Gula dan minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul telur di dalam mangkuk.

2. Celup cendawan ke dalam telur yang telah dipukul sehingga rata.

cendawan enoki

3. Salutkan cendawan enoki dengan tepung goreng serbaguna seri aji.

4. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan cendawan tadi.

cendawan enoki

5. Apabila kelihatan kekuningan dan rangup, angkat cendawan goreng.

Cara penyediaan salted egg: 

cendawan enoki

1. Panaskan butter secukupnya

2. Tumis bawang putih.

3. Masukkan daun kari, cili padi, kacau sebati.

4. Masukkan kuning telur, kacau sebati.

5. Perasakan dengan maggi cukup rasa dan gula secukupnya.

6. Masukkan cendawan enoki tadi, gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi. Selamat mencuba!

cendawan enoki

Sumber: Facebook Nur Masri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×