Dapur

Panduan Buat Roti Gebu & Lembut, Tak Mengecut Bila Dah Masak

26
SHARES

TIPS BUAT ROTI GEBU

Proses membuat roti memerlukan teknik yang betul supaya roti menjadi dan tidak keras. Teknik salah boleh menyebabkan roti mengecut bila sudah digoreng. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, anda dinasihatkan untuk mengikut panduan di bawah seperti perkongsian Zainoor Aliza Ali.

Baca juga: Resepi Apam Nasi Gebu Gebas, Jangan Sapu Bahan Ini Baru Elok Menjadi!

PANDUAN BUAT ROTI GEBU & LEMBUT, TAK MENGECUT BILA DAH MASAK

Banyak kali juga buat pau ni sampai ada yang lupa guna tepung jenama apa. Jangan salahkan tepung semata-mata kalau buat tak jadi. Kita yang buat dia, kita ikhtiar sampai jadi. Yang penting usaha untuk dapatkan pau gebu dan putih.

1. Yis mesti ‘hidup’.

2. Boleh uli guna bread maker atau heavy duty mixer. Kalau tak ada dua-dua, uli dengan tangan.

3. Untuk lebih lembut, boleh letak bread improver/softener/ovalette.

4. Tak nak pau kuning, ada yang kata jangan letak margerin, minyak masak tukar kepada shortening.

5. Untuk pau lebih putih boleh guna tepung pau atau pemutih pau.

6. Pau mengecut bila dah masak sebab:

– Doh terlebih kembang-overproofing.

– kukusan kena balut penutupnya. Kalau kukusan buluh tak perlu balut.

roti

– Terlebih masa mengukus.

– Lepas masak terus buka keseluruhan penutup kukusan. Kena buka sikit-sikit dulu.

– Api dapur tak boleh terlalu besar.

roti

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Zainoor Aliza Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×