Kalau ada lebihan nasi di rumah, jangan dibuang. Boleh buat apam nasi yang gebu gebas dan lembut! Cara penyediaan pun mudah sahaja tapi pastikan anda tidak menyapu bahan ‘rahsia’ ini supaya tidak menyebabkan kuih apam nasi terbantut. Jom tengok resepi apam nasi gebu gebas yang dikongsi oleh Puan Janna Hanie di laman Facebook.
Baca juga: Resepi Korean Garlic Bread Viral Versi Pantas, Makan Panas-Panas Sedap!
RESEPI APAM NASI GEBU GEBAS, JANGAN SAPU BAHAN INI BARU ELOK MENJADI
Kali ketiga buat apam nasi baru menjadi. Sebelum ni tak naik. Caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 1 sudu kecil yis
Cara penyediaan:
1. Kisar nasi, gula, air sampai halus cmpur dengan tepung dan yis. Gaul sebati. Pastikan perap sampai naik sekali ganda. Baru kukus.
2. Kalau nak apam pecah macam ni kukus dengan api besar.
– Acuan jangan sapu minyak.
3. Isi adunan penuh acuan dan kukus selama 10 minit (acuan kecik), kalau acuan besar kukus lebih sikit dalam 15 hingga 20 minit.
Sedap sangat! Selamat mencuba…
Sumber: Facebook Janna Hanie