Dapur

Resepi Korean Garlic Bread Viral Versi Pantas, Makan Panas-Panas Sedap!

30
SHARES

Korean garlic bread memang sedap makan panas-panas tapi biasanya jika beli di luar roti sudah mula sejuk dan tidak sedap untuk dimakan kerana sedikit keras dan liat.

Kalau anda tak pernah rasa, korean garlic bread memang sedap dan disesuai dijadikan hidangan menu petang untuk anak-anak. Kalau nak lagi mudah, ikut sahaja cara Puan Haya Yahya membuat korean garlic bread versi pantas. Tak sampai 20 minit dah siap! Selamat mencuba…

Baca juga: Resepi Baby Cakoi & Donut Gebu, Dah Sejuk Pun Tetap Tak Liat!

KOREAN GARLIC BREAD VIRAL VERSI PANTAS, MAKAN PANAS-PANAS SEDAP!

Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti.

Cream cheese – 150gm

Susu sejat – 3 sudu besar

Susu pekat manis – 2 sudu besar

Campur semuanya, kacau sampai rata.

Adunan butter untuk celup roti 

Butter – 100 gm

Garlic – 5 ulas (cincang halus)

Telur – 1 biji

Madu – 2 sudu besar

Daur parsley yang kering – sikit (tak ada pun boleh)

Panaskan butter dengan api perlahan. Dah cair masukkan garlic tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

– Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

– Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.

– Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

– Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

korean garlic bread

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Makan panas-panas memang sedap!

korean garlic bread

Sumber: Facebook Haya Yahya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×