Setiap kali berkunjung ke pasar malam, salah satu makanan yang wajib ‘ditapau’ adalah cendawan goreng tepung. Bukan sahaja enak, malah makanan ringan ini juga mengenyangkan perut dan menjadi kegemaran anak-anak. Tapi, bila cuba sahaja resepi cendawan goreng tepung ini di rumah mesti tak jadi, kenapa ya?
Jangan pening-pening lagi kalau nak cendawan goreng tepung anda ‘melenting’ macam di pasar malam. Ini perkongsian resepi betul anda kena cuba!
Baca juga: Step-By-Step Masak NASI TOMATO UTARA Yang Lengkap, Dekat Rumah Pun Bau Macam Kenduri!
RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG, MELENTING ELOK KEJADIAN!
BAHAN-BAHAN :
* 5 sudu besar tepung gandum
* 5 sudu besar tepung beras
* Serbuk Kunyit
* Garam
* Serbuk cili
* Serbuk Lada hitam
* Serbuk ketumbar
* Serbuk jintan manis
* Pati ayam (optional)
* Air
CARA-CARANYA :
1. Cuci dan toskan cendawan. Lebih bagus selepas itu lap pakai tisu, sebab kita nak cendawan itu kering.
2. Bancuh adunan tepung dengan campur semua bahan di atas. Jangan terlampau cair.
3. Celup cendawan dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
4. Lepas dah goreng jangan lupa gunting cendawan tu ya. Masa gunting tu nanti cendawan melenting-lenting. Barulah namanya cendawan gunting melenting!
Selemat mencuba!
Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!
Sumber: Fuzza Nisa