40 Minggu

6 Alasan Wanita Hamil Tak Suka Bersetubuh, Suami Jangan Kecil Hati Bila ‘Ditolak’!

2
SHARES
bersetubuh ketika hamil

Ketika berada dalam fasa kehamilan, bukan sahaja berlaku perubahan kepada bentuk badan malah keinginan untuk melakukan hubungan seksual juga berubah. Ada sebab sebenarnya apabila wanita tak suka bersetubuh ketika hamil dan salah satunya adalah kerana risau akan ‘terberanak’.

Ini mungkin menjadi antara bayangan ngeri buat ibu yang sedang hamil dan terpaksa menolak ajakan suami. Nak kena jaga juga risau perkara yang tidak diingini berlaku…

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

ADA SEBAB WANITA TAK SUKA BERSETUBUH KETIKA HAMIL, KERANA..

bersetubuh ketika hamil

1.Takut mengalami keguguran

Salah satu sebab yang membuatkan wanita hamil bimbang dengan aktiviti seksual adalah boleh menyebabkan keguguran. Terutamanya jika anda ada pasangan yang suka ‘meneroka’ posisi baharu. Walaupun tidak benar, kebimbangan bahawa ini mungkin berlaku tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Akibatnya, kerana pemikiran ini, aktiviti seksual menjadi kurang menyeronokkan.

2.Tak suka bau badan pasangan

Salah satu perubahan biasa yang berlaku pada wanita hamil adalah deria bau mereka. Jangan terkejut kerana anda mungkin akan mula tidak suka dengan bau badan pasangan walaupun wangi! Akibatnya, ini menjadi masalah yang sebenarnya membuatkan ibu hamil berasa tidak sedap hati untuk melakukan hubungan seksual. Contohnya bau minyak wangi yang kebiasaannya dipakai menyebabkan ibu rasa mual.

3.Tidur dengan aman lebih baik

Ramai yang terlupa bahawa wanita hamil akan mudah mengalami keletihan. Oleh itu, perkara yang sering dilakukan oleh ibu hamil ialah tidur dan ini bukan kerana malas semata-mata. Tidur adalah salah satu perkara yang membantu ibu hamil untuk kekal bertenaga sama ada tidur malam atau tidur siang. Beberapa manfaat boleh diperolehi jika ibu hamil tidur siang mencegah insomnia, melegakan sakit kepala, dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

4.Risau alami pecah ketuban

Selain daripada pergerakan yang berlebihan, orgasme semasa hubungan seks juga boleh mencetuskan kelahiran. Ini berlaku kerana orgasme boleh menyebabkan rahim mengecut dan ada kajian mengatakan boleh menyebabkan kelahiran pramatang, terutamanya pada wanita hamil dengan kehamilan berisiko tinggi. Selain itu, hormon yang dipanggil oxytocin hormon ini bertanggungjawab untuk mencetuskan kontraksi bersalin, yang juga boleh mengakibatkan kelahiran pramatang. Tetapi jika anda mempunyai kehamilan yang sihat, ia tidak mungkin berlaku.

5.Tidak ghairah semasa berhubungan

Bila badan dah rasa letih, sudah semestinya anda tiada ‘mood’ untuk melakukan apa-apa sahaja. Melakukan seks langsung tidak terlintas di fikiran mereka disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan. Namun, tidak semua wanita hamil mengalami ini. Sesetengah daripada mereka sebenarnya mengalami peningkatan dorongan seks.

6.Tidak selesa faktor perubahan tubuh

Perut buncit, kaki bengkak, malah sakit belakang atau pinggang menjadikan badan yang asal tidak lagi fleksibel dan menjadikan aktiviti seksual menjadi kurang menarik. Jika anda masih mahu melakukannya, cuba beberapa posisi seks yang selamat dan selesa supaya tidak memerlukan wanita hamil melakukan banyak pergerakan dan mengalami kedutan otot.

bersetubuh ketika hamil

*Anda dan pasangan macam mana? Kalau tak selesa, bincang dengan pasangan tau!

Baca juga: Cara Bertangas Atau ‘Sitz Bath’, Mommy Hamil Pun Boleh Buat Untuk Elak Gatal Di Kemaluan

Sumber: Popmama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×