Nur

7 Ciri Bekas Suami Masih Sayang Bekas Isteri, Ini Maksudnya ‘Gila Talak’ Ke?

5
SHARES
bekas suami

Move on daripada perceraian bukanlah mudah kerana ia adalah peristiwa hidup yang menyayat hati, lebih-lebih lagi jika anda benar-benar menyayangi bekas suami. Apabila anda sudah bersedia untuk membuka lembaran baru, bekas suami pula sering menghubungi dirimu atas sebab yang tidak begitu penting.

Adakah ini menunjukkan si bekas suami masih sayangkan anda? Bagi membantu anda mencari jawapan, ketahui 7 ciri bekas suami yang masih menyayangi dirimu seperti disiarkan Popmama.com.

Baca juga: Faraj Isteri Bengkak Selepas Bersama Cik Abang, Ketahui Punca & Cara Atasinya!

BEKAS SUAMI MASIH SAYANGKAN BEKAS ISTERI

bekas suami

Gambar: freepik

1. Bekas suami sering hubungi atas alasan tidak penting

Anda sedang berusaha keras untuk melupakan bekas suami dan segala kenangan perkahwinan lalu. Namun, bekas suami sering menghubungimu atas sebab yang tidak penting.

Bukan bertanyakan mengenai anak-anak tetapi hal peribadi atau aktiviti anda. Maka, ini menunjukkan bahawa bekas suami masih menyayangi dan ingin mengetahui segala-galanya tentang anda.

Oleh itu, anda jangan terperangkap dalam hal-hal kecil yang boleh menghalang proses move on. Anda perlu menetapkan sempadan supaya bekas suami faham bahawa hubungan perkahwinan sudah berakhir.

2. Cari ruang dan peluang untuk bertemu anda

Bekas suami yang masih menyayangi anda biasanya akan mencari pelbagai cara untuk bertemu dirimu. Dia sering menggunakan anak-anak sebagai jalan utama untuk bertemu sekerap mungkin.

Padahal anda sedar bekas suamimu nampak janggal setiap kali berjumpa. Walau bagaimanapun, dia masih cuba untuk memperbaiki hubungan dan memecahkan kejanggalan supaya boleh berinteraksi dengan anda secara langsung.

Baca juga: Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!

3. Sikap bekas suami seperti di awal perhubungan

Apabila bekas suami masih mempunyai perasaan terhadap anda, dia akan bertindak seperti dia lakukan pada awal perhubungan kalian. Dia akan menunjukkan perhatian yang tinggi kepada anda dengan penuh kasih sayang.

Ini bertujuan untuk menawan hati anda semula dan membaiki hubungan perkahwinan yang telah terputus.

4. Usaha menimbulkan perasaan cemburu dalam diri anda

Sekiranya sedikit perhatian tidak mencairkan hati anda, maka bekas suami akan cuba membuat dirimu cemburu. Dia akan lebih aktif di media sosial dengan menunjukkan keakrabannya dengan rakan wanita.

Bukan itu sahaja, dia juga meminta rakan atau saudara mara untuk bercerita tentang prosesnya mendekati wanita lain.

Apakah tujuan dia melakukan perkara remeh itu? Jawapannya mudah sahaja. Bekas suami masih sayangkan dirimu, tetapi terlalu ego untuk meluahkannya.

Baca juga: 13 Zon Sensitif (Erogenus) Lelaki, Bila Disentuh Wanita Lain Macam Reaksinya!

5. Orang pertama menghulurkan pertolongan kepada anda

Saat anda ditimpa musibah, bekas suamimu akan bertindak menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan. Sedangkan anda masih boleh mendapatkan bantuan daripada keluarga atau rakan terdekat.

Namun, bekas suami cuba menunjukkan bahawa dia adalah orang pertama yang mengambil berat tentang kehidupanmu.

6. Sering muncul di hadapanmu

Jika sedikit perhatian tidak dapat menakluk hati anda, maka bekas suami akan berusaha menunjukkan kehadirannya. Dia boleh muncul di hadapan anda tanpa sebab yang jelas.

Mama sering terserempak dengan bekas suamimu di tempat-tempat tertentu, sedangkan sebelum ini anda tahu bekas suami jarang ke tempat itu. Itu menandakan si bekas suami hanya pergi ke tempat itu untuk berjumpa anda.

7. Mengaku rasa menyesal membenarkan penceraian

Sama ada secara langsung atau tersirat melalui media sosial, bekas suami yang masih sayang akan memberitahu ramai bahawa dia menyesal berpisah dengan anda.

Dia mengakui melakukan kesilapan terbesar dengan membenarkan perceraian itu berlaku dan ia adalah keputusan yang tergesa-gesa.

Bekas suami akan tunjukkan dia boleh berubah ke arah yang lebih baik supaya dapat peluang untuk berbaik semula. Namun, anda jangan terperangkap dalam hal itu jika telah memutuskan untuk move on.

Baca juga: Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!

Sumber: Pop Mama

FT Image: pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×