Nur

9 Lafaz Talak Kinayah (Kiasan) Yang Mungkin Suami Pernah Ucap Pada Isteri, Anda Wajib Tahu!

10
SHARES
lafaz talak kinayah

Talak merupakan salah satu ilmu munakahat yang perlu dipelajari, baik individu yang masih bujang atau pasangan suami isteri. Hal ini kerana, talak terbahagi kepada dua iaitu talak sorih dan talak kinayah. Namun, pada kali ini penulis ingin tumpukan kepada lafaz talak kinayah.

Talak kinayah membawa kepada jatuh atau tidak jatuh talak. Hal ini kerana, ia memerlukan kepada niat si suami sewaktu ia dilafazkan untuk memastikan status talak tersebut. Justeru itu, bagi mengenal pasti perbezaan lafaz talak kinayah dan talak sorih ikuti penjelasan lanjut dari mufti di bawah.

Semoga info ini dapat mengurangkan kerungsingan anda.

Baca juga: Hukum Suami Mengaku Bujang, Pasangan Berkahwin Kena Tahu!

LAFAZ TALAK KINAYAH

lafaz talak kinayah

Gambar: soundvision

Soalan:

Assalamualaikum ustaz mohon bantuan untuk menyelesaikan kemusykilan yang saya hadapi Baru-baru ini ada pergaduhan antara saya dan suami. Suami ada menyebut, “kita buat haluan masing-masing selepas kamu melahirkan anak ini” dan saya ada beritahu suami, “apa maksudnya itu? abang jangan main-main jatuh talak nanti.”

Suami kemudiannya menjawab, “kalau jatuh Alhamdulillah.” Mohon bantuan menyelesaikan kekusutan yang saya hadapi. Saya sedang hamil 5 bulan.

Jawapan:

Melalui laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama membahagikan talak dari segi kejelasan lafaz talak kepada dua iaitu:

  1. Talak sorih bermaksa jelas.
  2. Talak kinayah iaitu yang berkemungkinan membawa maksud talak atau tidak.

Jika lafaz talak sorih disebutkan oleh si suami maka jatuhlah talak bagi si isteri. Contoh lafaz sorih ialah:

  • ‘aku lepaskan engkau’
  • ‘engkau tertalak’
  • ‘aku lepaskan engkau’

Cumanya, lafaz kinayah ini memerlukan kepada niat si suami. Jika dia berniat mentalakkan maka jatuhlah talak. Contoh bagi lafaz kinayah pula ialah:

  • ‘pergilah ke ahli keluarga engkau’
  • ‘jauhkan diri dari aku’
  • dan lain-lain lagi

Rujuk al-Fiqh al-Minhaji (4/123)

Baca juga: Pasangan ‘Viral’ Makan Telur Goreng Buaya, Ini Hukum Makan Telur Haiwan!

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN DI ATAS

Dalam persoalan yang dikemukakan, lafaz yang disebutkan oleh suaminya bukan lah lafaz yang jelas. Ianya dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Berkemungkinan jatuh atau tidak adalah bergantung kepada niat si suami.

Ini adalah berdasarkan apa yang berlaku Kaab bin Malik ketika mana beliau tidak menyertai perang Tabuk. Rasulullah SAW memerintahkan beliau untuk menjauhi isterinya.

Lalu Ka’ab berkata:

أُطَلِّقُهَا أَمْ مَاذَا أَفْعَلُ

Maksudnya : “Adakah perlu aku menceraikannya atau bagaimana patut aku lakukan?”

Rasulullah saw menjawab:

لَا بَلْ اعْتَزِلْهَا وَلَا تَقْرَبْهَا

Maksudnya: “Tidak perlu sampai begitu, hanya jauhi dia dan jangan dekatinya.”

Lalu Ka’ab mengkhabarkan perkara tersebut kepada sahabatnya yang tidak pergi ke perang Tabuk bersama beliau. Kemudian beliau (Ka’ab) berkata kepada isterinya:

الْحَقِي بِأَهْلِكِ

Maksudnya: “Pergilah ke ahli keluarga engkau.”

Apabila Allah menerima taubatnya, beliau kembali ke isterinya. Tidak pula beliau diperintahkan untuk berakad dengan akad yang baru. Riwayat al-Bukhari (4419)

Perkataan “pergilah ke ahli keluarga engkau” menunjukkan bahawa talak tidak akan jatuh menggunakan lafaz kinayah melainkan dengan niat.

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

CONTOH LAIN LAFAZ TALAK KINAYAH

Sementara itu di laman Maktabah Albakri, terdapat banyak lafaz talak kinayah atau kiasan, antaranya:

  • “Engkau tiada apa-apa lagi denganku”
  • “Engkau berasingan daripadaku”
  • “Engkau terputus hubungan denganku”
  • “Kembalilah kepada keluargamu”
  • “Pergilah ke mana engkau mahu”
  • “Pergi jauh daripadaku”
  • “Asingkanlah diri daripadaku”
  • “Aku biarkan kamu dengan caramu”
  • “Engkau haram bagiku”

Semua lafaz ini dianggap sebagai lafaz kiasan yang menunjukkan talak kerana ia membawa maksud talak dan maksud yang lain. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Aisyah R.Anha katanya:

أَنَّ ابْنَةَ الْجَوْنِ لَمَّا أُدْخِلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدَنَا مِنْهَا قَالَتْ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ، فَقَالَ: لَقَدْ عُذْتِ بِعَظِيمٍ، الْحَقِي بِأَهْلِكِ

Maksudnya: “Anak perempuan al-Jawn berkata ketika dia dibawa Rasulullah SAW dan Baginda mendekatinya: “Aku berlindung dengan Allah daripadamu.” Lalu, Rasulullah SAW bersabda: “Engkau berlindung dengan yang Maha Agung, maka kembalilah engkau kepada keluargamu.” Riwayat al-Bukhari (4955)

Kesimpulan

Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah dan membuat permohonan pengesahan lafaz talak. Hal ini merupakan satu usaha untuk membuktikan adakah si suami berniat untuk mentalakkan atau tidak.

Baca juga: Tips ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Jimat Masa & Wajah Pun Segar!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: ATTA KENARE – Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×