Suami Isteri

Jaga-Jaga Wahai Isteri, 14 Perkara Ini Mampu Melukakan Hati Suami, Mereka Juga Punya Perasaan Ini

26
SHARES
hati terluka

Tanpa sedar, ada sesetengah perbuatan isteri mampu membuatkan hati suami sendiri terluka. Di mana, hati terluka ini jika lambat disedari, mampu membuatkan hubungan suami isteri makin menjauh.

Di kemudian hari, akan timbul pula pelbagai impak negatif di dalam perkahwinan yang sekian lama dibina bersama. Kalau nak tahu, apakah perkara-perkara yang mampu melukakan hati suami, ikuti perkongsian bermanfaat dari seorang Kaunselor Rumahtangga, Fadzli Aziz.

Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!

HATI TERLUKA DEK KERANA SIKAP ISTERI

hati terluka

Gambar: wanitamoden

Posting saya ini berkaitan dengan suami yang baik di luar sana, yang sememangnya terkadang dilukai tanpa sedar. Luka yang tak disedari isteri yang menjadikan suami makin menjauh.

Posting ini tidak sesuai dengan suami yang tidak bertanggungjawab, tidak berakhlak dan sentiasa bermaksiat.

Kepada para isteri usah melenting dengan posting ini, tetapi jadikan ia satu renungan dan muhasabah. Sekiranya kena dengan diri anda, maka perbaikilah. Sekiranya tidak kena dengan situasi anda, maka abaikanlah.

Apakah perkara yang menyebabkan suami makin jauh dari anda? Ada 14 perkara yang boleh melukakan hati seorang suami.

Baca juga: Rasa Paling Banyak Jasa & Amal, Itu Yang Hati Tak Lapang Urus Keluarga, Sila Ubah ‘Mindset’!

Baca juga: 11 Ciri Suami Tak Tunjuk Sokongan Saat Isteri Hamil, Amboi Jangan Buat Perangai Begitu Ya!

14 perkara yang melukakan hati seorang suami

  1. Seorang lelaki terluka apabila isterinya bercakap dengan orang lain dengan lebih hormat dan mesra berbanding dengan dirinya.
  2. Seorang lelaki terluka apabila isterinya melayannya dengan baik hanya apabila ada tetamu.
  3. Seorang lelaki terluka apabila isterinya membuatnya rasa kurang penting kepada anak-anak hanya kerana dia bukan yang melahirkan anak-anak.
  4. Seorang lelaki terluka apabila dia selalu perlu meminta maaf walaupun untuk perkara yang bukan salahnya hanya kerana isterinya sensitif secara emosi.
  5. Seorang lelaki terluka apabila isterinya membongkar aib mereka di khalayak, memberitahu keluarga dan rakan-rakan tentang kelemahannya dan mencemarkan imejnya.
  6. Seorang lelaki terluka apabila isterinya selalu murung, sukar didekati, dingin dan suka bertengkar, membuatnya merasa tidak selesa untuk pulang awal ke rumah.
  7. Seorang lelaki terluka apabila dia melihat isterinya tersenyum dan tersipu-sipu apabila membaca mesej dari lelaki lain, tetapi mengabaikan dan tidak pedulikan kehadirannya.
  8. Seorang lelaki terluka apabila isterinya menjauh, marah, tidak responsif pada sentuhannya dan tidak memberitahu sebab kemarahannya.
  9. Seorang lelaki terluka apabila isterinya sering mendapat nasihat yang mengelirukan dari kawan-kawan, orang luar dan pihak ketiga yang merosakkan hubungan mereka.
  10. Seorang lelaki terluka apabila isterinya hanya melihat kelemahannya dan jarang menghargai kebaikan yang dilakukannya.
  11. Seorang lelaki terluka apabila isterinya masih mengungkit isu yang telah diselesaikan, di mana masih terperangkap pada perkara yang telah dipersetujui untuk dilupakan.
  12. Seorang lelaki terluka apabila isterinya bercakap dengannya dengan nada seperti hendak mengarah, memerintah atau merendahkannya.
  13. Seorang lelaki terluka apabila isterinya tidak menghormatinya atau memandang rendah pada usahanya hanya kerana pendapatannya tidak banyak.
  14. Seorang lelaki terluka apabila isterinya menggunakan dia untuk hidup selesa, tetapi kemudian beralih kepada lelaki lain untuk keselesaan emosi dan seksual.

Fahami dan pelajarilah tentang lelaki, maka isteri akan menjadi tonggak terbaik kepimpinan seorang suami. Semoga bermanfaat.

Fadzli Aziz,

Kaunselor Rumahtangga.

Baca juga: Ramai Wanita Kini Selesa Hidup Sendirian Bukan Sebab Tak Laku, Tapi Kajian Temui Jawapan Menarik!

Sumber: Fadzli Aziz

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×