Famili

Tanda-Tanda Isteri Main Kayu Tiga, Ooops NO! Waspadalah Encik Suami~

26
SHARES
tanda-tanda isteri curang

Curang atau selingkuh mempunyai maksud yang sama. Di mana, perbuatan curang dalam perkahwinan amatlah dilarang dan sebagai seorang Muslim ia adalah berdosa. Justeru itu, kali ini penulis ingin berkongsikan tanda-tanda isteri curang untuk pengetahuan para suami.

Terdapat banyak tanda-tanda isteri berlaku curang, namun kali ini penulis memberikan 7 tanda sahaja sebagai langkah peringatan dan langkah untuk para suami lebih berwaspada. Jom baca!

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!

TANDA-TANDA ISTERI CURANG

tanda-tanda isteri curang

INI 7 TANDA ISTERI CURANG, AWAS WAHAI SUAMI!

1. LAYAN SUAMI SEPERTI KAWAN TIDAK SEPERTI SELALUNYA

Sekiranya interaksi suami dan isteri menjadi semakin kurang romantis, itu merupakan tanda bendera merah isteri yang curang. Contohnya, sudah tiada lagi panggilan manja yang diungkapkan isteri kepada suaminya seperti “honey” atau “baby” dalam perbualan.

Ini berkemungkinan si isteri berusaha membawa hubungannya bersama suami kembali ke fasa berteman atau friend zone.

2. MEMBAWA TELEFON PINTAR KE MANA SAHAJA

Betul, terdapat orang yang tidak boleh berpisah dengan telefonnya. Jika itu terjadi pada seorang isteri, hal tersebut bukan berarti terus tanda curang. Masalah muncul sekiranya, hal ini tiba-tiba terjadi dan merupakan perubahan baru yang ditunjukkan isteri.

Selain itu, jika isteri menggunakan telefon yang sama untuk berkomunikasi dengan kekasihnya, dia akan memastikan nada dering itu berada dalam keadaan mute atau vibrate. Ia untuk menghindari pertanyaan tentang panggilan atau mesej yang masuk.

3. SERING MENOLAK BERHUBUNGAN SEKS

Perselingkuhan akan membuat seorang isteri menolak segala hal yang berkaitan dengan keintiman. Salah satunya adalah hubungan seks.

Si isteri akan mengeluarkan pelbagai alasan agar hubungan seks tidak berlaku. Sekalipun tidak menolak, anda pasti akan boleh merasakan perbezaannya. Di mana, hubungan seks yang dilakukan akan terasa dingin dan tanpa emosi.

4. TIDAK MENGIZINKAN SUAMI BANTU CUCI PAKAIAN

tanda-tanda isteri curang

Mana ada isteri yang tidak suka suaminya membantu membuat kerja rumah terutama mencuci pakaian, betul tak? Kecuali jika si isteri mempunyai motif yang tersembunyi!

Seringkali, permintaan aneh ini terkait dengan ‘bermain kayu tiga’. Hal ini kerana, mencuci baju boleh menyembunyikan tanda-tanda kecurangan isteri yang tersembunyi. Contohnya, penemuan resit makan malam romantis di dalam kocek seluar atau bau wangian yang bukan milik suaminya sendiri.

5. SELALU ‘OVERTIME’ KERJA

Para suami, berhati-hatilah sekiranya isteri tiba-tiba selalu berkerja lebih masa tidak seperti kebiasaannya. Isteri yang curang akan memberitahu suami bahawa dia akan overtime kerja untuk menutupi perselingkuhan setelah habis waktu bekerja.

Bahkan, jika isteri benar-benar lama di tempat kerja tanpa pemberitahuan masih ada yang perlu dirisaukan. Hal ini kerana, mungkin sahaja dia stay lama untuk lebih dekat dengan rakan sekerja yang terlibat asmara dengannya.

Ini boleh menjadi tanda yang lain isteri anda curang.

6. KERAP BERTANYAKAN KEBERADAAN SUAMI

Isteri yang curang akan sentiasa ingin tahu keberadaan suaminya setiap waktu. Hal ini untuk merancang perjalanan dating bersama teman curangnya agar tidak kantoi. Isteri akan jadi lebih berwaspada akan tindak-tanduknya apabila keluar ke mana-mana.

7. TERLALU SENSITIF DENGAN KELAKUAN SUAMI

Pertelingkahan dalam perkahwinan adalah perkara yang normal berlaku. Namun, kebiasaannya pertelingkahan ini melibatkan sesuatu yang sebenarnya penting.

Namun, isteri yang berlaku curang akan mencari setiap hal kecil yang dilakukan suaminya sangat menjijikkan. Keadaan ini akan membawa kepada pertengkaran kecil yang tidak masuk akal.

KESIMPULAN

Sebenarnya terdapat lagi tanda-tanda isteri berlaku curang yang tidak penulis nyatakan. Namun, tanda-tanda di atas ini mungkin sudah cukup memastikan isteri anda berada dalam fasa ini.

Jadi, berhati-hatilah!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×