Nur

Perangai Suami Terlampau Garang Boleh Jejaskan Keluarga- Ustaz Wadi Annuar

46
SHARES

Sebenarnya elok jika dapat pasangan yang garang terutama sekali lelaki kerana mereka yang akan menjadi pemimpin ataupun ketua keluarga. Tetapi apabila terlampau garang sehinggakan membuatkan isteri serta anak-anak sentiasa berasa takut maka ia boleh mendatangkan keburukan kepada keluarga. Ketua keluarga perlu dihormati tetapi bukan ditakuti.

Perkongsian ini telah dimuat naik di Tiktok oleh @mfzzy mengenai perangai suami terlampau garang yang disampaikan oleh Mohamad Wadi Annur Bin Ayub atau lebih dikenali sebagai ustaz Wadi Annuar.

Baca juga: Cara Buat Pewangi Semburan Sendiri Untuk Hilang Bau Kepam & Hilangkan Habuk Kipas

Antara perangai suami yang boleh menjejaskan keluarga ialah bila suami terlalu garang. Bila isteri dia masak kurang garam, dia lempar pinggan.

‘Dah lah aku balik kerja lapar, hang buat tawar pula’ lempar pinggan. Suami saya boleh kata macam itu kepada saya. 

Ustaz dia lempar makanan saya masak, suami saya ini ustaz perangai daripada sebelum kahwin sampai lah kahwin tak ubah perangai. 

Antara manusia yang paling garang dalam dunia ini ialah Saidina Umar Bin Al-Khattab. Saidina Umar garang, tegas. Tapi apabila isteri dia berleter, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.

Dia tak taip masej, dia tak baca surat khabar, dia tak tengok televisyen, dia tak main game. Dia hanya mendengar, dia kata sebab isteri inilah yang telah melahirkan anak untuk aku, menyusukan anak aku dan membesarkan anak-anak aku. 

Apalah kiranya, apabila isteri-isteri kita meluahkan perasaan mereka untuk kita dengar. Itu kira luah perasaanlah berleter itu. 

VIDEO PENUH 

@mfazzy

SUAMI TERLAMPAU GARANG #suami #isteri #garang #rumahtangga #sayang #tiktokguru #jombelajar #mfazzy #ustazwadiannuar

♬ suara asli – Muhamad Fadli – Muhamad Fadli

Sumber: Tiktok mfazzy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×