Rumah yang rapi dan bersih pastinya menjadi dambaan semua orang kerana rumah merupakan tempat untuk kita beristirehat dan berlindung. Namun, rumah yang bersih dan rapi sahaja tidak mencukupi untuk berasa tenang di rumah. Bayangkan ada bau-bau yang kurang menyenangkan terutamanya datang dari bahagian tertentu, pasti situasi ini menjadikan berasa tidak selesa.
Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna tiktok @khai_jimat mengenai cara membuat pewangi semburan untuk menghilang bau kepam sekaligus boleh hilangkan habuk pada kipas.
Baca juga: Cara Simpan Bahan Basah Hingga 4 Hari, Sesuai Untuk Berkhemah
CARA BUAT PEWANGI SEMBURAN
Tips nak jimat kali ini, cara-cara nak buat pewangi semburan di rumah. Pewangi yang ada itu selalunya tidak tahan lama tapi kali ini dengan menggunakan bahan-bahan yang berada di rumah sahaja boleh menghasilkan semburan pewangi yang wangi sangat.
Bahan-bahan:
- Air masak
- Pewangi baju
- 1 sudu besar cuka
- Botol spray
Caranya senang, masukkan pewangi baju ke dalam botol spray. Ikut sukatan yang diingini kalau nak lagi wangi boleh letak banyak sikit.
Selepas itu, masukkan sedikit air ke dalam botol spray dan cuku. Tujuan cuka ini adalah untuk menguatkan dan bagi tahan lama bau pewangi tersebut.
Tunggu apa lagi kan, tutup botol spray dan goncang-goncang sehingga ke semua sebati. Dah siap!
Boleh semburkan ke mana sahaja fabrik ataupun sofa, katil atau langsir. Ia akan bertahan lama sehingga berbulan-bulan.
Satu lagi kebaikan semburan pewangi ini ialah ia boleh menghilangkan habuk. Jadi habuk tak akan melikat pada langsir.
CARA HILANGKAN HABUK
Dengan menggunakan semburan pewangi ini juga dengan cara malasnya boleh bersihkan kipas angin meja atau berdiri dengan mudah sahaja. Tidak perlu cabut atau buka.
Pertama sekali spray sahaja pada seluruh permukaan kipas daripada tepi, atas, bawah yang ada habuk itu.
Lepas selesai spray, jangan ‘on’ dahulu kipasnya, nanti habuk terbang. Cara nak habuk terperangkap, ambil sarung bantal besar dan tutup kipas tersebut (seperti gambar). Kemudian, baru boleh ‘on’ kipas. Biarkan dalam beberapa minit sekurangnya 5-10 minit.
Selepas 5-10 minit kipas boleh ‘off’ terlebih dahulu dan buka secara perlahan-lahan sarung bantal tersebut.
Hasilnya, kipas tersebut akan jadi bersih dan tiada lagi habuk pada kipas tersebut.
Ini merupakan cara malas dan jimat yang boleh digunakan untuk kipas.
VIDEO PENUH
@khai_jimat Dah wangi baru la hilang Bau kepam 😂 #izzgrouptiktok #izzhangroup #jimat #pewangi #tiktokviral #fypシ゚viral tiktokmalaysia.
@khai_jimat Makin malas la lepas ni 😁. #izzgrouptiktok #izzhangroup #jimat #bersih #kipas #mudah #tiktokviral #fypシ゚viral #tiktokmalaysia
Sumber: Tiktok khai_jimat