Nur

Ungkapan Ketika Nazak, Baca Dua Kalimah Syahadah Atau La Ilaha illa Allah? Ini Jawapan TEPAT!

2
SHARES
ucapan ketika nazak

Menerusi laman rasmi di Maktabah Al-Bakri, ada persoalan mengenai ucapan ketika nazak yang perlu dibaca oleh seseorang sama ada dua kalimah syahadah atau kalimah tauhid.

Para ulama menjelaskan bahawa seseorang yang meninggal dalam husnul khatimah adalah apabila dia dapat mengucapkan kalimah tauhid sebelum menutup mata.

Baca juga: Hukum Buat Wax/Laser Bahagian Miss V Supaya Nampak Putih & Lebih Seksi, Ramai Rupanya Yang Dah Buat!

UCAPAN KETIKA NAZAK BACA DUA KALIMAH SYAHADAH ATAU LAIN

ucapan ketika nazak

Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ

Maksudnya: “Ajarkan orang-orang yang mati (sedang nazak) di kalangan kamu kalimah La Ilaha illa Allah (Tiada tuhan melainkan Allah).” Riwayat Muslim (917)

Dalam riwayat lain daripada Mu‘az bin Jabal R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Siapa yang kalam terakhirnya adalah ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, maka dia akan masuk Syurga.” Riwayat Abu Dawud (3116) dan Ahmad (22034)

Selepas meneliti beberapa dalil dan nas yang dinyatakan di atas, para ulama menyimpulkan bahawa ucapan ketika nazak yang boleh dibaca adalah:

– Dua kalimah syahadah (أَشْهَدُ أَنَّ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ), bagi mereka yang baru memeluk Islam ketika sedang nazak.

– Kalimah tauhid (لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ) pula boleh dibaca bagi mereka yang telah lama memeluk Islam sebagai bukti dia mentauhidkan Allah SWT semata-mata selama hidupnya.

Walau bagaimanapun, tidak menjadi masalah sekiranya orang yang telah sekian lama memeluk Islam ingin mengucapkan dua kalimah syahadah ketika sedang nazak.

Penulis akhiri perkongsian artikel ini dengan doa yang boleh dibaca setiap hari.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَةِ

Maksudnya: “Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan pengakhiran yang baik, dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan pengakhiran yang buruk.”

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Baca juga: Ustaz Kongsi 3 Adab Sewaktu Masuk Maghrib, Boleh MENYESAL Kalau Ambil Ringan

Sumber: Maktabah Al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×