Famili

[VIDEO] Nahas Pesawat Azerbaijan, Penumpang Ucap Syahadah Sebelum Terhempas Antara Mangsa Terselamat!

13
SHARES
nahas pesawat

Semalam, dunia digemparkan dengan berita nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan. Menurut laporan media antarabangsa, seramai 29 orang terselamat daripada 62 penumpang dan lima anak kapal yang maut dalam nahas tersebut.

Dalam pada itu, turut tular sebuah rakaman video di Instagram @islamify , daripada salah seorang mangsa yang berkongsi detik sebelum kapal terbang itu terhempas.

Baca juga: Kereta Kerap Bunyi “Ketak Ketak” Bila Lalu Di Selekoh & Jalan Tak Rata, Lelaki Ini Jelaskan 3 Punca & Tips!

NAHAS PESAWAT AZERBAIJAN AIRLINES TERHEMPAS

nahas pesawat

Gambar tangkap layar:  Instagram @islamify

Difahamkan, lelaki itu bertindak merakamkan video tersebut untuk dihantar kepada isterinya sebelum beberapa minit pesawat terbabit terhempas.

Dalam video itu, terlihat bahawa dia tetap tenang dan berdoa sambil mengucap syahadah.

 

Kemudian di video yang lain melaporkan bahawa, lelaki itu antara salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi hitam itu.

Turut dikongsikan videonya yang masih mampu berjalan dan merakamkan keadaan yang berlaku selepas terhempas.

Malah kedengaran, mangsa mengucapkan lafaz ‘Allahuakbar’ seperti tanda bersyukur terselamat dalam nahas itu.

Baca juga: Ragut Nyawa Remaja Cas Telefon Bimbit Dalam Bas, Lebih Berisiko Guna Soket 240V Arus Tinggi!

Selain itu, di media sosial X tular klip video yang merakamkan detik akhir pesawat itu terhempas. Dapat dilihat, pesawat J2-8243 itu terbang secara miring, kemudian menjunam lalu terbakar selepas terhempas di Aktau.

Sementara itu, pihak berkuasa Kazakhstan berkata, mangsa yang selamat termasuk dua kanak-kanak, sedang dirawat di hospital berdekatan. Kementerian Luar Azerbaijan menjelaskan, sebilangan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Menurut kenyataan Azerbaijan Airlines, punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung.

Namun, Kementerian Pengangkutan Kazakhstan memaklumkan bahawa insiden itu akan disiasat secara terperinci.

Baca juga: [VIDEO] Ramai Kagum, Individu Kongsi Kecantikan Setiap Helaian Pasport Malaysia Bawah UV!

Sumber: Instagram @islamify / Kosmo / X – @AleaJactaEs666

FT Image: Instagram @islamify / AFP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×