Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang terselamat daripada nahas pesawat Azerbaijian Airlines. Difahamkan lelaki tersebut duduk di bahagian belakang kapal terbang dan menurut kajian itu adalah tempat paling selamat.
Perkara ini dikongsikan oleh pengguna Facebook di mana peratusan untuk terselamat adalah lebih tinggi berbanding memilih tempat duduk di bahagian hadapan.
Baca juga: Itinerari 5H4M Bercuti Di Labuan Bajo Versi Mesra Kanak-Kanak, Indah Tak Terkata!
TEMPAT DUDUK KAPAL TERBANG BAHAGIAN BELAKANG PALING SELAMAT
Menurut kajian oleh National Transportation Safety Board US,
1. Tempat duduk kapal terbang kelas pertama/bisnes (49%)
Penumpang yang duduk di kelas ini mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih rendah berbanding penumpang di bahagian belakang pesawat. Hal ini kerana, penumpang dalam kelas pertama atau perniagaan merupakan antara individu pertama yang bakal menerima kesan awal di dalam situasi kecemasan.
2. Bahagian hadapan sayap (56%)
Penumpang yang duduk di sayap hadapan pesawat mempunyai kadar survival yang lebih baik sedikit berbanding penumpang dalam kelas pertama atau perniagaan. Ini kerana, penumpang di bahagian ini lebih dekat dengan pintu keluar kecemasan dan krew kabin, yang boleh membantu pemindahan dalam situasi kecemasan dengan lebih baik.
3. Tempat duduk kapal terbang – bahagian sayap (56%)
Penumpang yang duduk di atas sayap pesawat juga mempunyai kadar survival yang agak tinggi. Ini kerana, penumpang di bahagian ini lebih dekat dengan pintu keluar kecemasan dan mungkin juga lebih dekat dengan kru kabin dan kakitangan pesawat.
4. Belakang kabin (69%)
Penumpang di bahagian belakang pesawat mempunyai kadar kelangsungan hidup yang paling tinggi dan baik berbanding penumpang di bahagian hadapan. Hal ini mungkin terjadi kerana para penumpang lebih cenderung menerima kesan yang paling sedikit melalui situasi kemalangan tersebut.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah kajian semata-mata. Sebagai umat Islam, segalanya kita serah pada kekuasaan Allah Yang Maha Esa.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cikgu Bawa Rombongan Tadika Naik Kapal Terbang Ke KL, Nampak Teruja & Seronok Anak Murid Cikgu!
Sumber: Facebook Syahril A. Kadir
Kredit imej: Freepik