Bagai nak tercabut jantung penumpang lain, apabila seorang wanita tiba-tiba membuka pintu keluar kecemasan sewaktu sebuah pesawat yang dinaikinya sedang bersedia untuk berlepas.
Menurut sumber Sinar Harian, penumpang wanita tersebut membuka pintu keluar kecemasan dalam penerbangan pesawat China CA2754 dari Quzhou ke Chengdu pada Khamis.
Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!
PINTU KELUAR KECEMASAN DIBUKA TIBA-TIBA
Kejadian itu menyebabkan penerbangan tersebut segera dibatalkan dan kesemua penumpang dipindahkan ke sebuah hotel serta diberi pampasan sebanyak 400 yuan (RM257) bagi setiap penumpang.
Media China melaporkan, difahamkan wanita itu bertindak sedemikian kerana percaya bahawa pintu keluar kecemasan itu merupakan pintu ke tandas.
“Dia baru pertama kali menaiki pesawat, dia membuka pintu itu secara diam-diam tanpa ada penumpang lain yang melihatnya.
“Mendengar pintu itu dibuka, ada penumpang lain menjerit dan menangis kerana pesawat segera dibatalkan penerbangannya,” kata Cheng salah seorang penumpang seperti dilaporkan SCMP baru-baru ini.
Penumpang berkenaan kini disiasat polis berhubung tindakannya itu.
Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!
Sementera itu, tindakan kurang bijak penumpang itu menuai kritikan meluas di platform media sosial China.
Seorang pengguna Weibo menulis bahawa tiada alasan dia bertindak sedemikian kerana perkara itu mengundang bahaya kepada pesawat tersebut.
“Tiada alasan yang mengatakan bahawa dia pertama kali naik pesawat bertindak sedemikian, tidak boleh kah dia bertanya kepada kru pesawat di mana letakknya tandas,” ujarnya.
Di China tindakan membuka pintu keluar kecemasan secara sengaja boleh dikenakan denda yang tinggi dan dianggap tindakan menyalahi undang-undang negara.- Agensi
Baca juga: Nenek Saudara Diberi Hak Jagaan Sementara Adik Kepada Zayn Rayyan
Sumber: Sinar Harian
FT Image: SCMP composite/Shutterstock/Douyin / Sinar Harian