Famili

“Satu-Satunya Permata Kami Kini Tinggal Kenangan” – Adik Nur Naura Nathifa Maut Dilanggar Kereta

25
SHARES
KES LANGGAR LARI

Baru-baru ini satu kes langgar lari yang menyayat hati telah berlaku dan meragut nyawa Adik Nur Naura Nathifa Muhd El-Khuwailid berusia 7 tahun.

Lebih menyedihkan apabila permintaan terakhir Naura Nathifa adalah untuk meminta untuk mengambil gambar dan itu merupakan kenangan terakhir sebelum maut dalam kemalangan Jumaat lalu.

Baca juga: Kanak-Kanak Hampir Lemas Ketika Mandi Kolam Renang, Tindakan Pantas Pekerja Terima Pujian

KES LANGGAR LARI ADIK NUR NAURA NATHIFA, SEBAK BILA BACA

KES LANGGAR LARI

Menurut si bapa, Mohd El-Khuwailid Rahim, 38, pada malam kejadian Nur Naura Nathifa yang tidak gemar bergambar secara tiba-tiba mengemukakan permintaan tersebut.

Tambahnya lagi, Nur Naura Nathifa seorang anak yang ceria, mendengar kata serta menjadi pengubat duka dan penghibur hati malah sangat disenangi di sekolah.

“Ketika kejadian saya bersama isteri (Hidayatul Izzah Ghazali) dan Naura (Nur Naura Nathifa) dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di pusat beli belah berdekatan,” jelasnya.

Dia turut memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak menyedari apa-apa.

“Saya tidak menyedari apa sebenarnya berlaku namun sebaik dilanggar kereta BMW itu, motosikal dinaiki terbabas ke sebelah kiri jalan menyebabkan kami tiga beranak terjatuh. Saya tak fikir tentang diri sendiri masa itu, sebaliknya segera mendapatkan anak dan isteri.

“Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu, Bayangkan tidak sampai beberapa detik saya keluar makan bersama dia dan isteri, sempat bergurau senda dan tiba-tiba saya memangkunya dalam keadaan tidak lagi bermaya,” luahnya.

Kejadian ini memberikan kesan besar terhadap dirinya dan isteri kerana kehilangan anak tunggal yang merupakan satu-satunya permata kesayangan.

Nur Naura Nathifa maut selepas mengalami kecederaan parah apabila motosikal yang ditunggang bersama ibu dan bapanya dirempuh lelaki yang memandu kereta BMW dalam kejadian di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, dalam kejadian Jumaat lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara minimum antara lima tahun hingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Baca juga: Cikgu Bawa Rombongan Tadika Naik Kapal Terbang Ke KL, Nampak Teruja & Seronok Anak Murid Cikgu!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×