Famili

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Hantar Sarapan Untuk Ibu Bapa

116
SHARES

“Malang tidak berbau” begitulah kejadian yang boleh dikatakan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ini yang maut akibat kemalangan langgar lari sebuah lori ketika dalam perjalanan menghantar sarapan pagi buat kedua ibu-bapanya.

MAUT AKIBAT KEMALANGAN LANGGAR LARI

Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun maut akibat kemalangan langgar lari ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada ibu bapanya. Kejadian ini berlaku di daerah Changlun, Kedah pada pagi Selasa 10 Disember 2019 lepas.

Ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Jadi, kanak-kanak ini ingin membeli sarapan untuk mereka dengan meminta makciknya membawanya ke gerai untuk membeli nasi lemak dan kuih muih. Kemalangan ini berlaku ketika kanak-kanak ini dan makciknya menaiki motosikal lalu dirempuh sebuah lori. Itu menyebabkan motosikal dinaikinya hilang kawalan dan mereka berdua jatuh.

BELI SARAPAN UNTUK IBU BAPANYA

“Anak buah saya mengajak saya ke gerai berdekatan untuk membeli sarapan kepada ibu bapanya. Saya tidak sangka, ketika dalam perjalanan ke kebun getah ada sebuah lori melanggar kami dan sebabkan hilang kawalan.” kata makciknya.

TERCAMPAK JATUH, KANAK-KANAK TERSEBUT DIGILIS LORI

“Kami berdua tercampak jatuh dari motosikal, saya nampak anak buah saya digilis lori manakala saya tercedera pada lutut, kaki dan mata.” tambahnya lagi.

Pengarah Polis Daerah Kubang Pasu telah sahkan maut akibat kemalangan langgar lari kerana lori tersebut tidak bertanggungjawab walaupun sudah melanggar seorang kanak-kanak.

Sumber: Kwongwah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×