Nur

Ini 5 Info Srikandi Islam Yang Hebat, Layak Dijadikan Idola Anak Muda!

29
SHARES

Islam bukan sahaja melahirkan tokoh dalam kalangan lelaki untuk dijadikan contoh, bahkan terdapat juga dalam golongan wanita. Malah, srikandi Islam ini tidak jauh ketinggalan kehebatannya yang meliputi pelbagai bidang ilmu untuk diidolakan oleh anak-anak muda zaman kini.

Justeru itu, terdapat lima tokoh wanita Islam yang telah disenaraikan di dalam perkongsian ini. Antaranya adalah Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid R.A, pahlawan wanita terkenal yang tidak mungkin mudah dilupakan. Mari baca nama-nama besar yang lain juga.

Baca juga: Ini 14 Senarai Azam Boleh Dilakukan Untuk Menjadi Muslimah Berhemah Menjelang 2023

INFO KEHEBATAN SRIKANDI-SRIKANDI ISLAM

Islam telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam pengkhususan bidang agama tetapi juga dalam bidang lain seperti Matematik, Perubatan dan sebagainya. Dan kebanyakan daripada kita hanya mengenali mereka terutamanya sebagai ulama dalam kalangan lelaki.

Namun sebenarnya dalam ramai-ramai tokoh tersebut, golongan wanita juga tidak kurang hebatnya. Kerana dalam sejarah Islam juga terdapat ramai srikandi muslimah yang sepatutnya dijadikan idola.

Terutamanya dalam kalangan anak-anak muda yang hari ini lebih mengidolakan artis-artis antarabangsa seperti K-Pop dan penyanyi antarabangsa lain, yang jelas memberi kesan buruk kepada perkembangan anak-anak remaja.

Mereka akhirnya mudah terpengaruh dengan cara pemakaian atau cara mereka bersosial sehingga terlupa hukum agama yang sepatutnya diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan.

Justeru sudah sampai masanya kita kembali mengangkat semula tokoh-tokoh hebat dalam Islam terutamanya dalam kalangan wanita. Ia sebagai salah satu cara mendidik dan memberi pengajaran kepada anak-anak supaya sentiasa ingat dengan kehebatan tokoh Islam dalam pelbagai bidang yang diceburi.

ANTARA 5 TOKOH SRIKANDI ISLAM UNTUK DIJADIKAN IDOLA

Antara tokoh wanita Islam yang akan dikongsikan adalah:

1. SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID

2. AISYAH BINTI ABU BAKAR

3. NUSAIBAH BINTI KAAB

4. KHAWLAH BINTI AL-AZWAR

5. RABIATUL ADAWIYAH

Semoga kita dapat mengangkat semula kehebatan tokoh Islam dalam kalangan wanita ini. Supaya anak-anak dapat menjadikan mereka sebagai idola atau ikutan dalam segenap kehidupan mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Facebook Zahiruddin Juatin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×