Sihat

Teringin Sushi? Ini Jenis Sushi Yang Ibu Hamil Boleh & Tak Boleh Makan

6
SHARES

Apa itu sushi? Sushi merupakan makanan tradisional popular di Jepun. Makanan ini tidak asing lagi di mata dunia. Ada yang boleh menikmatinya dan ada juga yang kurang menggemarinya.

Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Ianya boleh dimakan secara mentah, dimasak atau diperam.

Baca juga: Betul Ke Minum Susu Boleh Putihkan Kulit? Rupa-Rupanya…

TERINGIN SUSHI? INI JENIS SUSHI YANG IBU HAMIL BOLEH & TAK BOLEH MAKAN

Menurut Doktor Imelda Balchin, seorang Pakar Obstetrics & Gynaecology terdapat jenis sushi yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan terutamanya buat ibu mengandung. Mari soroti penerangan beliau mengenai perkara ini.

“Doktor, bila mengandung boleh ke makan sushi?”

Jawapan saya:

JANGAN MAKAN SUSHI YANG MENTAH

Ada sushi yang anda boleh makan tetapi ada sushi yang anda patut elakkan. Sushi yang anda patut elakkan tu ialah yang hat ada ikan mentah.

Ibu hamil mesti elakkan makan ikan mentah pasai ada lebih bakteria dan parasit bila dibandingkan dengan ikan yang masak. Bakteria dahsyat yang kita tak mau ibu hamil terjangkit ialah listeria monocytogenes.

Listeria tu memang dahsyat. Jangkitan listeria ini didapati 10 kali ganda lebih tinggi di kalangan ibu yang hamil jika dibandingkan dengan orang yang tak hamil, sebab sistem imun wanita menjadi sedikit lemah semasa hamil.

Kalau ibu hamil dijangkiti listeria, boleh menyebabkan demam, menggigil, muntah. Yang kami paling takut sekali ialah ada ramai ibu hamil yang dapat jangkitan listeria ni tiada simtom tetapi listeria boleh masuk melalui uri placenta kepada anak di dalam kandungan menyebabkan keguguran, mengganggu pembesaran janin, kelahiran pramatang, dan kematian bayi.

Jadi kita mesti melindungi ibu hamil.

BOLEH MAKAN SUSHI YANG DIMASAK

Kalau ibu hamil nak makan telur, ayam, daging atau ikan, pastikan ia sudah dimasak.

Kalau nak minum susu, pastikan ia sudah dipasteurkan atau sudah disterilise seperti yang dijual di kedai.

Kalau beli susu mentah yang baru di perah dari ladang ternak, pastikan anda masak susu itu sehingga mendidih dulu sebelum ia selamat diminum.

Kalau teringin nak makan telur separuh masak, boleh beli telur yang sudah dipasteurkan yang dijual di supermarket. Hat teloq yang dah pasteur ni, hangpa nak telan mentah-mentah pun boleh sebab sudah dibasmi kuman pathogen macam susu pasteur.

Hat sushi yang takdak ikan mentah, yang macam hat avocado atau timun tu…boleh la lahap.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: Faceboook Dr. Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×