Antara rutin yang sering ditunggu-tunggu setiap kali menanti ketibaan Ramadan adalah melihat anak bulan. Di Malaysia, menggunapakai kaedah Rukyah dan hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah bermula dari tahun 1995 untuk menentukan tarikh bermulanya Ramadan dan begitu juga untuk menentukan tarikh puasa 2025.
Nampaknya, tarikh kita akan menyambut Ramadan dan Syawal semakin awal ya?
Baca juga: Kewangan 2025 Diramal Agak ‘Keras’, Tarikh Buka Sekolah 2025 Rapat Dengan Hari Raya!
TARIKH PUASA 2025 TULAR, DALAM SATU BULAN ADA DUA SAMBUTAN!
Asas kepada kaedah rukyah dan hisab yang digunapakai negara Malaysia adalah berpandukan kepada pendapat-pendapat ulama’ muktabar. Rukyah (melihat anak bulan) akan dilaksanakan pada hari ke 29 setiap bulan, sebagai contoh 29 Syaaban 1445H akan datang.
Sekiranya hilal (anak bulan) tidak kelihatan maka data hisab digunakan dengan merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui.
Oleh itu, tular di laman media sosial meskipun masih berada di tahun 2024 apabila ada tarikh jangkaan umat Islam akan menyambut Ramadan tahun 2025. Tarikh yang dinyatakan sumber dari JAKIM itu adalah pada 2 Mac 2025.
Manakala Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada penghujung bulan yang sama iaitu 31 Mac 2025! Bukan itu sahaja, Hari Raya Haji pula jatuh pada 7 Jun 2025 kira-kira beberapa bulan sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Walaupun dikira masih awal, tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia nanti.
*Nampaknya, ekonomi keluarga perlu dikawal dengan teliti awal tahun hadapan kerana sekolah juga akan dibuka sekitar bulan Februari 2025!
Baca juga: Hukum Bersetubuh Suami Isteri Di 10 Malam Terakhir Ramadan, Bukankah Patut Tingkatkan Ibadah?
Sumber: X @MySumber, JAKIM