Pemilihan tempat duduk ketika membuat tempahan tiket tren kini boleh dilakukan dengan lebih mudah apabila penumpang mengetahui simbol dan warna yang digunakan pada pelan tempat duduk dalam aplikasi KTM.
Perkara itu dijelaskan oleh KTM Berhad selepas seorang pengguna media sosial, Shizuku, mengemukakan pertanyaan mengenai cara untuk mengenal pasti arah tempat duduk sebelum membuat tempahan.
Baca juga: “Anak Saya Tak Pernah Jadi Beban”– Najwa Latif Bersuara Selepas Warganet Pertikai & Body Shaming
TEMPAT DUDUK DALAM ETS, INI CARA PILIH ELAK MENGUNDUR

Pengguna tersebut ingin mengetahui sama ada terdapat panduan tertentu untuk memastikan tempat duduk yang dipilih menghadap ke hadapan mengikut arah perjalanan tren dan bukannya menghadap ke belakang.
“Macam mana nak tahu seat train kita menghadap ke hadapan ya, bukan mengundur kalau dekat dalam apps,” tanyanya.
Menjawab persoalan berkenaan, KTM Berhad menerangkan bahawa penumpang boleh merujuk kepada warna yang dipaparkan pada bahagian pemilihan tempat duduk dalam aplikasi.
Menurut KTM Berhad, terdapat tiga warna yang digunakan bagi menunjukkan jenis serta arah tempat duduk.
Tiga warna tunjuk arah untuk panduan

Tempat duduk berwarna hijau menunjukkan kerusi yang menghadap ke hadapan atau sehala dengan arah perjalanan tren.
Bagi penumpang yang ingin duduk mengikut arah perjalanan, warna hijau boleh dijadikan panduan ketika memilih tempat duduk.
Sementara itu, tempat duduk berwarna biru menunjukkan kerusi yang menghadap ke belakang atau melawan arah perjalanan tren.
Penumpang yang kurang selesa duduk menghadap arah bertentangan boleh mengelakkan tempat duduk berwarna biru ketika membuat pilihan.
Selain itu, terdapat juga tempat duduk berwarna kuning yang mempunyai susunan berhadapan dengan meja dan boleh memuatkan empat orang penumpang.
Susunan berkenaan membolehkan penumpang duduk secara bersemuka antara satu sama lain sepanjang perjalanan.
Maklumat tersebut dipaparkan sebagai sebahagian daripada panduan ketika penumpang membuat pemilihan tempat duduk.
Dengan memahami kod warna serta singkatan yang disediakan, penumpang boleh menentukan tempat duduk yang bersesuaian sebelum meneruskan proses tempahan tiket.
Sumber: Threads Shizuku
