Famili

Fakta Atau Mitos, Kunyah Makanan 32 Kali Boleh Cepat Kurus? Ini Penjelasan Yang Mungkin Anda Tak Sangka!

14
SHARES
kunyah makanan

Menurut NDTV, asal usul idea kunyah makanan sebanyak 32 kali ini datangnya dari pakar pemakanan Amerika Syarikat bernama Horace Fletcher. Pada tahun 1800-an, tokoh yang digelar “The Great Masticator” ini menjalankan eksperimen yang menunjukkan kepentingan mengunyah secara perlahan.

Ramai yang mengatakan bahawa proses makan akan jadi lama namun, ramai juga yang terlepas pandang bahawa bilangan kunyahan yang banyak ini memberi manfaat kepada kesihatan. Kuruskan badan pun boleh!

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

PERLU KE KUNYAH MAKANAN SAMPAI 32 KALI? LAMBAT NAK HABIS MAKAN!

kunyah makanan

Menurut kajian, mengunyah sebanyak 32 kali adalah berkaitan dengan bilangan gigi manusia. Mengunyah berulang kali boleh mengubah makanan daripada tekstur pepejal kepada lebih kecil dan cair. Antara kelebihan mengunyah 32 kali adalah:

1.Semasa mengunyah sebanyak 32 kali, rasa makanan yang akan masuk ke dalam perut juga menjadi lebih neutral.

2.Selain itu, apabila makanan bercampur dengan air liur, badan kita boleh mengekstrak jumlah nutrien yang paling banyak daripada makanan yang kita makan.

3.Mengunyah makanan dengan betul bukan sahaja merupakan bahagian penting dalam proses pencernaan, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan.

4.Membantu mengawal berat badan.

5.Orang yang tidak mengunyah makanan dengan baik sebelum menelan sering mengalami masalah pencernaan dan berisiko lebih tinggi untuk tercekik, aspirasi, kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

Menurut Healtline, mengunyah dalam jumlah ini dianggap sebagai jumlah purata yang ideal untuk kebanyakan jenis makanan. Makanan yang lebih lembut dan berair mungkin memerlukan kurang mengunyah, manakala makanan yang lebih keras seperti stik dan kekacang mungkin memerlukan sehingga 40 kunyahan setiap gigitan. Sebagai contoh, tembikai mungkin hanya memerlukan kira-kira 10 hingga 15 kunyahan.

Dalam satu kajian, 30 wanita yang sihat mengambil makanan pada kadar yang berbeza. Wanita yang makan lebih perlahan mengambil makanan yang jauh lebih sedikit tetapi berasa lebih kenyang berbanding mereka yang makan lebih cepat. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa mengunyah lebih banyak semasa makan boleh mengurangkan snek pada gula-gula di kemudian hari.

CARA MENGUNYAH DENGAN BETUL

Apabila makan, ada cara yang betul dan salah untuk mengunyah. Berikut ialah beberapa petua untuk mendapatkan manfaat yang paling banyak daripada makanan anda:

-Jangan cedok terlalu banyak.

-Apabila makanan masih di dalam mulut anda, tutup bibir dan mula mengunyah. Lidah anda harus menggerakkan makanan dari sisi ke sisi dan rahang anda harus berputar sedikit.

-Kunyah perlahan-lahan, mengira hingga 32 dengan setiap gigitan makanan. Anda mungkin memerlukan lebih atau kurang masa bergantung pada jenis makanan.

-Apabila gigitan telah kehilangan semua teksturnya, anda boleh menelannya.

APA BEZA KUNYAH 40 KALI YANG DIKATAKAN SUNNAH RASULULLAH SAW?

kunyah makanan

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ada nyatakan bahawa menguyah sebanyak 40 kali sebelum ditelan tidak mempunyai sandaran yang sahih daripada agama ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam fatwanya.

Akan tetapi, hal tersebut adalah baik jika tujuannya adalah untuk perkara-perkara yang baik. Tambahan pula, menjilat jari selepas daripada makan adalah sunnah kerana terdapat hadith yang sahih menceritakan akan hal tersebut.

*Jadi, tidak salah untuk anda nak kunyah 40 kali pun boleh, 32 kali pun boleh malah nak 50 kali pun boleh. Yang penting adalah jangan telan terus tanpa kunyah sahaja, bahaya tercekik!

Baca juga: Anak Lelaki Tanya Kenapa Kemaluan ‘Keras’ Waktu Pagi, Ini Jawapan Kena Standby!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Merdeka.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×