Sihat

Ini 9 Sebab Berat Tak Turun Walaupun Dah Penat Diet & Bersenam

11
SHARES

“Penatlah dah dua bulan diet tapi berat tak turun. Urghh!”

Itulah ungkapan yang sering keluar dari mulut kita apabila sudah terlalu lama diet namun berat masih tidak turun dan statik sahaja.

Ada juga yang stres kerana terlalu penat melakukan senaman setiap hari tetapi masih juga tidak berjaya. Sabar, jangan stres-stres. Kalau stres berat badan pun tak boleh nak turun.

Justeru itu, mari kami kongsikan faktor menyebabkan berat badan susah nak turun. Baca, jangan tak baca!

Baca juga: Makan Banyak Tapi Maintain Kurus, Rupanya Lemak Tengah ‘Sembunyi’!

9 SEBAB BERAT TAK TURUN WALAUPUN DIET & BERSENAM

berat tak turun

1. KUANTITI MAKANAN

Ini semakan awal yang perlu dibuat. Kadang ada orang yang cakap dah jaga makan. Semua benda ambil sikit-sikit je. Contoh, ambil ayam sikit, ikan sikit, udang sikit, telur masin sikit. Yang akhirnya jadi banyak dan tak sikit dah.

2. MINUMAN MANIS

Air manis sehari sekali takkan buat berat naik secara mendadak. Terutama jika masih dalam kuantiti yang terkawal. Namun jika sehari tiga hingga empat cawan, tanpa sedar ia boleh jadi punca juga berat susah nak turun.

3. MELAKUKAN RUTIN SENAMAN YANG SAMA

Senaman akan bantu percepatkan progres diet. Namun bila dah sampai satu tahap, rutin kena ubah. Mesti ada rutin baru untuk dapat progres yang baru.

4. MERASA MAKANAN

Merasa makanan ni benda biasa. Merasa makanan semasa memasak bukan satu kesalahan. Tapi kuantiti makanan yang dirasa tu kena ada kawalan.

5. TAK KAWAL KUANTITI MAKANAN SIHAT

Ada yang diet makan oat je. Malam-malam siap buat overnite oat lagi. Katanya nak makanan sihat. Tapi berat masih tak turun-turun.

Bila disemak menu makanannya memanglah oat. Namun oat yang dibuat itu sangatlah meriah. Ada buah strawberi, pisang, tembikai, epal, kekacang dan itu belum kira lagi dengan dressing coklat kat atas. Huhu. So, lepas ni semak juga kuantiti makanan sihat anda.

6. HABISKAN MAKANAN ORANG LAIN

Macam biasa, kalau makanan orang lain tak habis, kita yang habiskan. Atas alasan “sayang makanan”.

7. SOS DRESSING

Ada orang yang diet makan salad, buah, telur. Semua yang rendah kalori. Tapi masa dressing bukan main meriah. Dengan mayonis tak terkata, kicap, dan sosnya melimpah ruah. Tak kawal kalori dressing, tetap berat susah nak turun juga.

8. MASIH MENGUNYAH WALAUPUN DAH KENYANG

Kenyang tapi sebab stress terus nak mengunyah. Rasa sedih cari benda manis. Kerap yang ni, berat pun boleh jadi susah nak turun.

9. NIAT DAN KUMPUL TIPS BANYAK-BANYAK

Mulanya nak mula hari Isnin. Bila dah Isnin, tukar Rabu pula. Lama-lama haaa itu yang jadi misteri. Haha.

Sumber: Facebook Arif Sukri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×